bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Mar 2010

12 Budak Hitam, Siapa Yang Keluar PKR Selepas Ini???



http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_22fefc98-7f000010-175b7f90-dd104f86
Sidang media berkenaan diadakan di ibupejabat Keadilan, pada 11 pagi Selasa. Ia dihadiri 10 MP yang dikatakan akan keluar parti, sementara dua tidak hadir, Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) berada di China dan N Gobalakrishnan (Padang Serai) terikat dengan mesyuarat tindakan daerah di Kedah. Menurut Kamarul Baharin mereka telah menghantar SMS mengesahkan ikrar dan taat setia. Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Wanita, Ahli Parlimen Ampang, Zoraida Kamaruddin dan Pengarah Pilihanraya PKR, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Dua lagi MP yang bersuara lantang membidas parti, Wee Choo Keong (Wangsa Maju) dan Zulkifli Nordin (Bandar Bharu Kulim) tidak hadir. Apabila ditanya, Kamarul Baharin berkata Zulkifli tidak hadir kerana kesnya masih diteliti oleh jawatankuasa disiplin. Wee pula difahamkan berada di Amerika Syarikat dan tidak dapat dihubungi. Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang mempengerusikan sidang media,

MP lain yang hadir ialah Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), Rashid Din (Merbok), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Siang (Petaling Jaya Selatan).




Komen Isac;

Kelmarin mereka semua ini berikrar akan kekal setia dengan PKR, cakap banyakpun tak guna, kita camkan muka-muka mereka dan lihat perkembangan selanjutnya....

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3