bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Mar 2010

Husam...Husam....Sudah Tak Ada Modal Lain Ke??? Kau Berani Ke Bersumpah???



Saturday March 6, 2010
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=55479-wang-ihsan-husam-cabar-mustapa-bersumpah
Wang ihsan: Husam cabar Mustapa bersumpah
Oleh Mohd Zuharman


KOTA BARU, 6 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa menolak dakwaan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang terus mempertahankan pendirian hanya wang ihsan menjadi hak Kelantan berasaskan undang-undang, sambil mencabar beliau agar bersumpah. Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husein merupakan dua pemimpin Umno yang begitu menonjol dalam isu royalti apabila terus-menerus menjadi sasaran serangan pemimpin kerajaan negeri ekoran dikatakan penghalang kepada bayaran royalti. Mustapa dan Awang Adek adalah anak kelahiran Kelantan


“Jika benar apa yang dipertahankan mereka itu berasaskan undang-undang, dan sama-sekali tidak berniat menafikan hak rakyat, dan tidak juga kerana kepentingan politik, saya cabar Datuk Pa (Mustapa) bersumpah dengan nama Allah. “Semua rakyat barangkali merasai wajar kalau sumpah itu dibuat memandangkan royalti itu adalah milik sejuta lebih rakyat Kelantan.

“Sekurang-kurangnya sejuta lebih rakyat Kelantan itu hendak lihat sendiri kebenaran menteri berkenaan,” kata beliau pada majlis Penutupan Diskusi Semasa Royalti Petroleum Dari Perspektif Undang-undang. Diskusi anjuran Urusetia Kerajaan Negeri dengan kerjasama Muslimat Legal Team dan gabungan badan NGO itu diadakan di dewan Balai Islam Lundang dekat sini.

Akhir bulan lalu satu taklimat hampir sama berhubung isu berkenaan disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas kepada exco kerajaan negeri.Awal minggu ini Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan usul untuk membawa pertikaian itu ke mahkamah.



Komen Isac;


Kata nak bawa ke mahkamah, bawak ajelah........Kenapa nak suruh orang sumpah-sumpah pulak???? DSAI tidak mahu bersumpah bahawa dia tidak pernah meliwat Saiful, tak pulak Husam ni nak paksa DSAI suruh bersumpah....

Husam ni sebenarnya memang sengaja mahu rakyaat Kelantan memusuhi Tok Pa dan Awang Adek. Orang politik, walaupun PRU 13 masih jauh tetapi kempen untuk "membunuh"/"menyerang" ketokohan/kelebihan Tok Pa dan Awang Adek telahpun dimulakan oleh Husam...

Saranan Husam suruh Tok Pa dan Awang Adek bersumpah adalah bermotifkan politik bukannya ikhlas untuk membantu rakyaat Kelantan. Jika apa yang saya katakan ini tidak benar, suruhlah Husam bersumpah di atas nama Allah, pasti dia tak berani....








1 comment:

  1. Ni bukan joke ....50 tahun mengamalkan ajaran sesat...tak percaya sila klik disini

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3