bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Mar 2010

Rakyaat Tanpa Warganegara - Kerajaan Perlu Memikirkan Cara Terbaik Menangani Masalah ini...



12 Mac, 2010 15:17 PM
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=481942
KDN Kenal Pasti 2,500 Pelajar Tanpa Dokumen Pengenalan Di Sarawak

12 Mac (Bernama) -- Lebih 2,500 pelajar sekolah rendah dan menengah di Sarawak masih belum mempunyai sijil kelahiran serta Mykad dengan majoriti daripadanya dikenal pasti berada di Miri di utara Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat.

"Kita akan atur strategi untuk tempatkan Unit Khas Bergerak (UKB) di tempat yang telah dikenal pasti itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan petugas khas menangani masalah dokumen pengenalan diri penduduk Sarawak di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini Jumaat.

Jelaing berkata kebanyakan pelajar yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri adalah kaum Iban selain daripada kaum Penan. Katanya pelajar yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri masih dibenarkan meneruskan pendidikan formal di peringkat rendah dan menengah berikutan polisi Jabatan Pelajaran untuk memberi pendidikan untuk semua.

Beliau berkata sebelum dibenarkan mengikuti sistem pembelajaran di sekolah, pandangan ketua kampung akan diperoleh supaya guru besar dan pengetua dapat mengesahkan bahawa pelajar berkenaan adalah warga tempatan walaupun belum ada dokumen pengenalan diri.

"Bagaimanapun pelajar yang masih belum ada dokumen pengenalan diri dinasihati untuk membuat permohonan sekarang atau di UKB berdekatan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan awam atau mendapat bantuan kerajaan.

"Untuk meningkatkan keberkesanan operasi UKB, kita akan meminta bantuan RTM untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan UKB melalui radio," katanya. Setakat ini JPN Sarawak memiliki lima UKB yang ditempatkan di Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu dan Miri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pasukan petugas khas sedang mencari jalan penyelesaian penduduk Sarawak tanpa dokumen pengenalan diri yang menetap di kawasan sempadan.

-- BERNAMA




Justify Full

Komen Isac;




Amat menyedihkan kerana selepas 46 tahun merdeka di bawah Malaysia, masih ramai terdapat rakyaat di Sabah dan Sarawak yang masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sebagai warga negara ini. Kerjaan perlu berindak dengan lebih proaktif dan inovatif di dalam mendekati mereka ini. Walaupun mereka ini tinggal di dalam hutan dan jauh dari pusat pentadbiran negeri, daerah, mukim maupun kampung-kampung, jabatan pendaftaran perlu menjejaki dan mengenali mereka.


Adalah malang untuk mereka ini mempunyai negara tetapi tidak mempunyai kerakyaatan. Juga amat malang buat negara kerana mereka ini tidak dapan mengundi kerana tidak mempunyai kerakyatan dan tidak boleh mendaftar dengan SPR. Tindakan cepat jabatan pendaftaran juga akan dapat membendung rakyaat negara jiran yang tinggal di sempadan mengeksploitasi "situasi" ini di masa hadapan.



1 comment:

  1. Salam ISAC,

    Masalah dokumen ini, rakyatpun satu dan jabatan pendaftaranpun satu..sama-sama ada penyakit.

    Rakyat di Sarawak tidak boleh bergantung harap semata-mata hanya kepada kerajaan dalam isu dokumen ini dan pihak Jabatan Pendaftaran juga sepatutnya berusaha lebih kerap untuk mengesan mana-mana penduduk yang belum mempunyai sebarang pengenalan diri.

    Apa yang menjadi musykil kepada saya, bagaimana jumlah sebegitu banyak masih lagi berlaku..dan ianya amat-amat pelik sekali.

    Apa tidaknya, kalau ada konsert artis-artis baik dari Semenanjung atau artis dari Sarawak sendiri yang buat stage show di Miri atau di Marudi, boleh juga mereka ini keluar dari penempatan dan berkhemah sampai dua tiga hari di pekan, tetapi kenapa dalam soal untuk menguruskan hal-hal yang penting sebegini mereka langsung tidak ambil berat sama sekali... hmmm lemaslah saya dengan masyarakat macam ini...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3