http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4e870670-7f000010-175b7f90-4f11fb25
Mengikut angkanya kini ada tujuh orang ahli Parlimen bebas di sidang parlimen yang akan bermula Isnin ini.
Selain Datuk Ibrahim Ali dari Pasir Mas enam yang lain ialah bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zaharin Hashim Bayan Baru,Tan Tee Beng Nibong, Tebal Mohsin Fadzil Shamsuri, Bagan Serai dan Zulkifli Nordin, Kulim Bandar Bharu serta dua Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun,Sepanggar dan Datuk Dr Chua Soon Bui, Tawau.
Namun yang bebas dalam kontek kedudukan di parlimen hanya lima orang.
Ini berikutan kenyataan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee Khamis bahawa Eric dan Dr Chua tidak akan menyertai apa yang dipanggil blok bebas Ahli Parlimen yang meninggalkan PKR baru-baru ini.
Katanya bahawa SAPP tetap bekerjasama dengan pembangkang Pakatan Rakyat di Parlimen.
Komen Isac;
Malaysia ke arah sistem tiga parti? Bagus jugak tu.... Sebagai alternatif.... Yelah ari tu Pakatan mengata BN "tak betul", sekarang ni yang keluar Pakatan untuk jadi Bebas pulak kata Pakatan ni pun dua-kali lima, "tak betul"....Jadi apa lagi, tubuhkan ajelah parti nombor tiga....Kita tunggu pulak apa akan berlaku seterusnya.....
Bak kata orang tua-tua, "memang adad manusia kuman seberang laut nampak, tapi bangkai gajah depan mata tak nampak.....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.