MP Hulu Selangor meninggal dunia
Mac 25, 10 9:52PM
dikemaskini 10:45pm
Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak. Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak. Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun. Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu. Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi. Asal sebagai cikguZainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa. Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989. Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal. Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010. Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor. Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999. Kerusi jadi rebutan Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon. Mengikut Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat. Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai. Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC. |
Takziah SRK ucapkan kepada Ahli keluarga Datuk Tajudi Ahmad, semuga Roh Almahrum bersama Roh Orang Orang yang beriman, Al,fatihah untuk Almahrum, Perjuangan mu membela nasib Rakyat di kenang untuk selama lama nya.
ReplyDeletewah2 aku suka ko.. lawat2 la yg aku punya ye
ReplyDelete