bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Mar 2010

Pas Kelantan - Meminta Hasil Minyak Bermaksud Pas Mengakui Umno Sememangnya Yang Terbaik!!!


Komen Isac;
Jarang sekali Pas mahu memuji apa yang baik yang dilakukan oleh Umno. Segala yang dilakukan oleh Umno menurut Pas adalah keji belaka dan hanya layak buat "penghuni" neraka Jahannam. Samada itu adalah "fatwa" Ulamak Pas ataupun kenyataan politik, tepuk dada tanyalah selera, Tok Guru bahkan golongan Ulamak bukanlah golongan yang "maksum". Jestru itu Islam menanjurkan kita supaya menuntut Ilmu dan jangan sesekali bertaklik secara "membabi-buta". Bukan mudah untuk Umno, pada suatu ketika dahulu untuk menggubal Akta Petroleum dan Gas terutamanya di dalam mengambil/menuntut semula "hak minyak dan gas negara" yang telah tergadai kepada syarikat-syarikat minyak kapitalis dunia seperti Shell, Esso, BP dan lain-lain sejak dari zaman penjajah lagi.
Pandangan jauh Allahyarham Tun Razak dan pemimpin-pemimpin Umno pada waktu itu sememangnya melangkawi masa. Bukan sahaja mereka dapat mengambil semula sebahagian hak minyak dan gas, tetapi mereka jugalah yang mengilhamkan tanah-tanah rancangan perladangan yang kini dicontohi oleh masyarakat di dunia. Siapa sangka mejoriti peneroka yang dahulunya berasal dari masyarakat Melayu/bumiputera yang miskin, golongan tertinggal, tidak berpendidikan dan merempat di kampung sendiri kini mendapat pendapatan bulanan RM 4-5 Ribu sebulan. Jauh lebih tinggi dari pendapat seorang pemegang Ijazah Sarjana. Bukankah ini satu lagi jasa Umno yang pastinya tidak akan dapat dibalas sampai ke hujung nyawa sekalipun?
Ini belum lagi termasuk kemudahan dan peluang yang diperolehi oleh jenerasi kedua dan ketiga Felda/Felcra/Risda di mana mereka berpeluang untuk tinggal di asrama, bersekolah di sekolah terpilih, memasuki universiti-universiti dengan biasiswa, peluang berniaga di kawasan/bandar-bandar baru dan lain-lain lagi. Sebaliknya Pas Kelantan yang telah memerintah sejak 20 tahun lalu dilihat terlalu bergantung kepada kerajaan Umno yang dimusuhinya sejak 5 dekat. Segala kelemahan diri terutamanya kegagalan membawakan pembangunan kepada rakyaatnya hanya disalahkan kepada Umno. Langsung tiada secebis perasaan malu di dalam menuntut wang hasil minyak/gas yang diusahakan oleh Umno. Sebaliknya Umno terus-terusan ditohmah dan difitnah sebagai perampas, penipu, zalim dan sebagainya.
Pertanyaan penulis kepada kerajaan Pas Kelantan, jika tak tahu hendak mentadbir negara dan mengusahakan sumber ekonomi negeri sendiri, mengapa masih nak memerintah??? Adakah menuntuk hak minyak yang telah diusahakan dan dihasilkan oleh orang lain adalah sunnah Rasul??? Setidak-tidaknya pun mintalah dengan berhemah dan beradap...

2 comments:

  1. "Langsung tiada secebis perasaan malu di dalam menuntut wang hasil minyak/gas yang diusahakan oleh Umno. Sebaliknya Umno terus-terusan ditohmah dan difitnah sebagai perampas, penipu, zalim dan sebagainya."

    ooooo....baru la ambo pehe...umno punya usaha...rupanya...

    kalau usaha dibuat atas tanah org....kenala bayar sewa atau sebagainya kepada tuan punya tanah seperti mana perjanjian yang telah dipersetujui sebelum usaha dimulakan....

    ReplyDelete
  2. tanah kelate 3 batu nautika dari darat jah. lebih pada tu tanah malaysia dah

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3