bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Mar 2010

PKR Bermasaalah - Bukan Masa Untuk Bertepuk Tangan & Bersenang -lenang....


Sabtu Mac 6, 2010
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/6/mstar_berita/20100306110715&sec=mstar_berita
Anwar Akui PKR Sedang Hadapi Masalah

MELAKA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini. Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam semalam. Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti. - BERNAMA
Komen Isac;
PKR juga sepatutnya mengakui dan menilai semula mengapa "ribut" yang melanda mereka ini berlaku. Jangan sentiasa menyalahkan orang lain... Sememangnya ramai di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu PKR adalah bekas ahli-ahli, pemimpin Umno ataupun professional yang dahulunya simpati kepada perjuangan Umno.
Kemasukkan semula mereka ini ke Umno bolehlah diibaratkan seperti, " sirih pulang ke gagang". Sementara pengeluaran mereka beramai-ramai 10 tahun dahulu mungkin sesetengahnya sekadar menyatakan sokongan kepada DSAI yang dirasakan telah diperlakukan secara "zalim".
Selepas mengenali dan mendekati DSAI dengan lebih dekat mereka, ini mungkin telah "mengenali" siapa DSAI yang sebenar dan apakah yang beliau diperjuangkan... Anda pula bagaimana?
Untuk Umnp pula tiada apa yang mahu diraikan.... Sepatutnya Umno/BN perlu mengambil iktibar dari perkara ini. Dalam politik perkara sebegini biasa berlaku... Tetapi itu tidak bermakna parti yang sedang menghadapi masalah akan selama-lamanya bermasalah...Biasa juga yang kita lihat ada di antara parti-parti ini yang dapat bangkit semula dan menjadi lebih gagah.
Kesempatan juga perlu diambil sepenuhnya agar lebih ramai yang kembali ke pangkal jalan....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3