bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Mar 2010

MIC Perlu Ukur Baju Di Badan Sendiri.....





KUALA LUMPUR: MIC sudah bersedia untuk bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, daripada Parti Keadilan Rakyat malam tadi dan berharap dapat menurunkan semula Datuk G Palanivel bagi menawan semula kerusi yang pernah diwakilinya itu selama tiga penggal sebelum ini.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata parti itu akan mencadangkan nama Palanivel kepada Barisan Nasional dan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN untuk membuat keputusan.






"Datuk Palanivel mempunyai peluang baik untuk menang kerana beliau telah berkhidmat dengan baik di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, kalah kepada Zainal Abidin dalam pilihan raya umum lalu dengan hanya 198 undi setelah menjadi wakil rakyat di situ sejak 1990.

Samy Vellu berkata, walaupun kalah, Palanivel masih membantu menyelesaikan masalah masyarakat pelbagai kaum di Hulu Selangor yang juga antara beberapa kubu kuat BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

"Matlamat kita sekarang ialah untuk menang, dan jika boleh, menang dengan selesa," katanya.








Komen Isac;




Nasihat penulis kepada MIC, "ukur baju di badan sendiri". Jangan tamakkan kerusi, kerana apalah gunanya MIC bertanding jika hasilnya BN akan terus kehilangan kerusi "Hulu Selangor" tersebut. Banyak rungutan dari "akar-umbi" YB dari MIC tidak menjaga kebajikan pengundi-pengundi kawasan mereka, malah nak tunjuk muka pun susah.... Apa komen Dato' Seri Samy????

4 comments:

  1. orang melayu yg dituduh racist sanggup mengundi calon bukan melayu...tetapi sanggupkah pengundi2 bukan melayu membuktikan taat setia dgn mengundi calon melayu...

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,Apa dah jadi dgn MIC ni.Belum apa2 dah tuntut,Pengundi India baru ciput dah tuntut hak pulak.
    Ini Kuala Selangor Melayu punya.Kalau letak calon MIC pasti tersungkur lah BN.Fikir2 lah demi kebaikan BN juga.
    Hidup UMNO,HIDUP UMNO,HIDUP UMNO

    ReplyDelete
  3. Nasihat kpd Dato Samy ;

    1. Nape gelojoh sangat ?..kot dato pun ada hati nak jadi calon ?

    2. Hati2 jangan yg dikendong pun habis berciciran..

    3. bn- JANGAN CONFIDENT SANGAT ...198 masa 2008 lalu bukan petunjuk sokongan rakyat masakini..

    4. Lihat juga faktor lain yg menyumbang kepada kekecewaan dan kesangsian rakyat Selangor

    3.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    perumpamaan yang paling tepat bro,

    paling tepat ditujukan kepada MIC...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3