bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Mar 2010

Lagi-lagi Royalti Minyak/Gas....


Isu ini telah disulami/diracuni pemikaran rakyaat Kelantan bahawa Kerajaan BN, pimpinan Umno (kerajaan Melayu sendiri) sengaja menindas "Ulamak/Pas" (yang juga kerajaan Melayu/Islam), menekan rakyaat Kelantan/kononnya cuba menafikan pembangunan, peluang untuk hidup selesa dan merampas hak rakyaat Kelantan.

Umno tidak mungkin akan memenangi isu ini kerana ia telah digarap sedemikian rupa agar menjadi jadi isu kenegerian dan dilihat sebagai percubaan kerajaan Umno untuk menekan pimpinan "ulamak maksum" Pas. Ianya sudah ibarat "peperangan" pula, yang menentang dianggap musuh kepada rakyaat Kelantan dan rakyaat Kelantan yang tidak bersetuju seperti Tok Pa dan Awang adek akan dilebel sebagai pengkhianat!!!

Sememangnya penerangan perlu dilakukan secara berterusan dan secara lebih berkesan tetapi dalam konteks sekarang berundur bukan bermaksud mengalah.... Boleh kekalkan nama "wang Ikhsan" tetapi seperti Terengganu, serahkanlah kepada kerajaan negeri untuk mentadbirnya. Rakyaat Kelantan telah dibutakan dengan sentimen, mereka alpa bahawa "ulamak" mereka telah memperbodohkan mereka selama 20 tahun kebelakangan ini tanpa kemajuan tanpa pembangunan.

Kini tanpa perasaan malu mereka menuding jari kepada Umno di atas kesilapan/ketidak mampuan mereka untuk mentadbir dan mencari sumber ekonomi untuk kerajaan negeri. Perlu diingat tanpa pemimpin2 Umno yang berpandangan jauh, hasil minyak/gas yang mereka tuntut sekarang ini sebenarnya telah lama menjadi milik Shell, Esso ataupun BP.
"Pimpinan Ulamak Islam" hanya tahu menuntut hasil titik peluh orang lain? Sendiri tak pandai mentadbir negeri dan mencari hasil untuk perbendaharaan negeri? Mengambil hasil balak sampai "togel" bumi Kelantan, apa lagi lah yang tinggal???

1 comment:

  1. Salam ISAC,

    Kerajaan BN juga perlu segera membidas dengan mengemukakan hujah yang bernas dalam melawan hujah parti peminta sedekah itu!

    Lihat bagaimana semasa zaman Kerajaan Wawasan 2020, isu penjualan air kepada Singapura telah dimanipulasi oleh pembangkang tetapi berjaya dibidas dengan baik oleh MTEN dibawah Tok Pa masa tu!

    Buku penjelasan air itu masih aku simpan yang berharga 3 sen signifikan kepada penjualan air 3 sen per 1000 gelen.

    Terus diam, tak boleh berhujah lagi pembangkang masa tu!

    Sekarang kita ada MPEN.. apa fungsi MPEN, aku pun tak tau le bro.. makan gaji buta je Amirsham A.Aziz tu!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3