KUALA LUMPUR: Hampir dua tahun Datuk Ibrahim Ali bersendirian sebagai wakil Bebas tunggal di Dewan Rakyat, kini beliau bakal disertai tiga anggota Parlimen yang mengisytihar diri sebagai wakil Bebas setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mungkin menjangka keanggotaan "kelab" tersebut bakal bertambah, anggota Parlimen Pasir Mas itu memberi peringatan bahawa walaupun jumlah wakil Bebas masih kecil tetapi mereka mampu "menyengat" dan boleh mempengaruhi keputusan di Dewan Rakyat.
Ketika dihubungi, Ibrahim berkata wakil-wakil Bebas kini berpeluang untuk membuat keputusan berdasarkan pemikiran sendiri tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.
Komen Isac:
Jika BN ada ketuanya iaitu DSN, Pakatan juga ada ketuanya iaitu DSAI maka jangan terperanjat jika pada persidangan Dewan Rakyaat yang akan datang mungkin "DIA" (Datuk Ibrahim Ali) bakal dilantik menjadi ketua MP Bebas.
Peranan MP Bebas mungkin akan menjadi lebih besar terutamanya jika lebih ramai MP yang menyertainya. Jika ini berlaku, besarlah harapan rakyaat Malaysia agar MP-MP Bebas ini nanti akan menyokong/menentang sesuatu usul demi kebaikan rakyaat negara ini. Terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak, Mohsin Fadzli Samsuri menyertai rakan sejawatnya dari PKR Nibong Tebal, Tan Tee Beng Bayan Baru dan Datuk Zahrain Mohamed Hashim dengan mengistiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas kelmarin.
Pastinya jika ada sesuatu usul yang dibahaskan, rakyaat mahu melihat sejauh mana signifikannya impak yang boleh mereka mainkan dan semoga mereka ini bukan hanya bertindak sebagai "penumpang".
Salam Sahabat,
ReplyDeleteJangan lupa SAPP parti Yong Teck Lee yg ada dua wakil parlimen pun Bebas.
Dlm BN pun ada seorang yang Bebas. Bebas berkata-kata..hehe..siapa lagi kalau bukan Ku Li.
Adakah trend ahli YB menjadi Bebas akan berterusan..? Kita sama - sama tunggu