bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Mar 2010

Pasangan Diraja Perak Mencemar Duli Bermesra Bersama Rakyaat...


KEBERANGKATAN TIBA Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, ditemani Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nam Hua, Tanjung Piandang, sempena program lawatan sehari ke daerah Kerian hari ini disambut meriah penduduk. - Foto Muhaizan Yahya
Mar 26, 2010 8:11 pm

Lawatan sehari Raja Muda, Raja Puan Besar Perak ke Kerian


PARIT BUNTAR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara hari ini berkenan melakukan lawatan sehari ke Kerian bagi mendekati dan melihat sendiri kehidupan masyarakat daerah itu.

Raja Dr Nazrin Shah berangkat memulakan lawatan dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ke majlis taklimat pembangunan Kerian yang disampaikan Pegawai Daerah, Ismail Hassan, di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian di sini.
Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Kerian di sini dengan diiringi pemimpin negeri dan masyarakat tempatan. Sementara itu, Tuanku Zara yang mempunyai jadual berasingan pula berangkat ke Hospital Parit Buntar dan berkenan menyampaikan sumbangan kepada pesakit sebelum menghadiri majlis ramah mesra Puspanita serta masyarakat Kerian di Dewan Merdeka di sini.

Baginda turut menyampaikan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia dan pertandingan mewarna dan aspek wanita.

Pada sebelah petang pula, Raja Dr Nazrin dan Tuanku Zara bersama-sama berangkat ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Nam Hua di Tanjung Piandang dekat ini untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin.

Raja Dr Nazrin turut menyampaikan replika cek bernilai RM550,000 kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kerian, Law Hee Hock untuk elaun sara hidup nelayan daerah itu daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Sementara itu, Dr Zambry turut mengumumkan peruntukan kerajaan negeri kepada SRJKC Nam Hua RM100,000 bagi penambahan bangunan sekolah berkenaan.

Pasangan Diraja itu mengakhiri program lawatan dengan meninjau ternakan ikan kerapu, jenahak dan siakap dalam sangkar di kawasan laut dalam di Kuala Kurau bagi pasaran luar negara dan tempatan. - Bernama




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3