bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Mar 2010

Isu Royalti Minyak - Ku Li X Mahu Ke Mahkamah



Razaleigh tidak setuju kes royalti ke mahkamah
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option

KUALA TERENGGANU, 19 Mac: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana. Beliau merujuk kepada kes perebutan kuasa di Perak selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang.

"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang. "Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata beliau di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.

Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan. Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika diperintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat. Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka. Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama. Ketika ditanya, apakah beliau bersetuju untuk turun ke jalan raya sekiranya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil, Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju.

"Saya rasa tidak perlu sampai ke situ...kita akan berjaya kalau kita teruskan usaha menekan kerajaan agar mematuhi apa yang telah termaktub dalam akta itu dan dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan negeri," katanya. Dalam ucapannya juga, Razaleigh berkata, dia sentiasa konsisten dalam sikapnya mengenai isu royalti ini.

Ia turut disokong oleh Mustafa yang mengesahkan Razaleigh bersetuju untuk menjadi saksi ketika kerajaan negeri Terengganu menyaman Petronas dan kerajaan Pusat dahulu. "Bahkan, afidavit beliau telah kita siapkan. Malangnya mahkamah menerima permohonan agar kes ini dibicarakan tanpa perlu memanggil saksi," kata Mustafa.

Komen Isac;

Menurut pada pandangan penulis, sebab mengapa Ku Li sendiri tidak bersetuju isu ini di bawa ke mahkamah adalah kerana beliau sememangnya menyedari ia sememangnya mengikut perlembagan negara dan selari dengan Akta Gas & Petroleum. Jika ianya benar maka sewajarnyalah ianya dinamakan sebagai "wang ikhsan". Cuma bagi penulis adalah lebih molek jika ianyanya ditadbirkan oleh kerajaan negeri Kelantan sendiri, seperti apa yang berlaku di Terengganu.

5% tetap 5%, cuma "panggilannya" terserahlah kepada selera masing-masing....Yang penting wang tersebut dapat digunakan untuk memakmurkan negeri dan rakyat Kelantan dan bukannya untuk "mengayakan kantung" sesetengah pemimpin....


1 comment:

  1. cakap dah macam pembangkang,baik ko keluar je umno join pembangkang(termasuk isac).Dah tau pembangkang tu tak betul.Kalau bawa ke mahkamah dah tentu pembangkang kalah punya.sebab tu tak berani.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3