bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Mar 2010

10 Lagi Pemimpin Akan Keluar Pakatan, Dua Dah Keluar Semalam....

KELUAR PARTI ... Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengumumkan beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika mengadakan sidang akhbar di sini, hari ini. Beliau turut mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. - foto BERNAMA




http://www.malaysiakini.com/news/125363
Salehuddin ramal lebih 10 MP bakal keluar PKR
Mac 1, 10 1:16pm


Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di mana ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Salehuddin juga meramalkan akan wujud satu 'blok MP' bebas di Dewan Rakyat.

Bekas setiausaha agung PKR itu juga turut menghadiri sidang akhbar Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim bulan lalu, ketika ahli parlimen Bayan Baru itu mengumumkan keluar PKR.
Komen Isac;
Adakah mereka ini keluar atas dasar kesedaran ataupun mahu merosakkan BN dari dalam? BN jangan begitu mudah percaya kerana ianya akan membuatkan mereka terpedaya dan akhirnya merana...

5 comments:

  1. Agaknya politik ni macam produk dan presidennya Pengarah Jualan.

    Macam mana nak jual kerana spesikfiasi produk berubah rubah. Ada macam macam gred. Ingat kan produk palsu rupanya tulin. Nampak macam tulin rupanya palsu.

    Kalau sekilo RM 3 tapi kena pilih pilih yang baik dari campuran yang busuk dan elok. Baik beli RM5 tapi dah tentu baik.

    Strategi pemasaran tidak memberangsangkan di tambah lagi produknya di khuatiri di campur dengan bahan bahan yang merbahaya dari segi kesihatan (Kes Liwat).

    ReplyDelete
  2. Aku tak heran langsung pasal 2...3... ekor yang mahu terus melompat jadi katak. Sebabnya, kesemua katak2 tersebut asalnya pun memang dari tempat yang sama iaitu UMNO atau BN. Jadi apa nak heran bila mereka kembali ke lubuk asal. Disini secara rasionalnya membuktikan UMNO-BN menjadi tempat longgokan sampah atau pusat kitar semula.

    ReplyDelete
  3. Cara terselamat, biarkan mereka bebas sehingga PRU13.

    ReplyDelete
  4. Itulah pasal Reform,

    PKR ramai sangat amik "bekas" pemimpin2 Umno/BN... X ade identiti ke? Amik orang yang dah tak tercalon mcm Chua, Kalakatau dll....

    Pemimpin2 PKR yang sekarangpun sebahagian besar adalah bekas org2 Umno/"budak" DSAI dalam Umno.... Tubuhkan PKR kononnya kerana simpati pada DSAI, bukannya pasal nak "tolong" rakyaat....

    ReplyDelete
  5. apapun PKR klua statement katanya
    "pembersihan dalaman PKR"
    hai, bunyi macam ayat penyedap hati jer?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3