bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Dec 2010

Yang Bankrap Bukannya Felda, Tapi Kohilal (Anjuran Pas)!!!

Tuduh FELDA bankrap pengkhianat bangsaOleh Magendran Rajagopal

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TuduhFELDAbankrappengkhianatbangsa/Article/
2010/12/13

NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) 2010 di Putrajaya, semalam.
NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) 2010 di Putrajaya, semalam.
Institusi banyak berjasa kepada rakyat: Najib
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa FELDA bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang banyak berjasa kepada rakyat. Perdana Menteri menjelaskan FELDA sebenarnya adalah sebuah institusi yang berjaya dan mengubah landskap sosioekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak.

 “Dua tiga hari lalu, saya bermesyuarat dengan pengurusan FELDA, saya tengok akaun FELDA. Kalau semua saham milik FELDA yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh FELDA peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion.

“Siapa kata FELDA bankrap...mana ada? Pengurusan FELDA kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) 2010, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Najib berkata, pihak yang mendakwa Felda bankrap sebenarnya telah membuat pembohongan kedua terbesar selepas kononnya akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 September 2008.
Sebab itu, Perdana Menteri berkata, adalah wajib bagi rakyat termasuk warga FELDA untuk mempertahankan kerajaan sedia ada di Putrajaya.

Sambil menyifatkan golongan berkenaan tidak berhati perut kerana sanggup menghina dan mencemar imej FELDA, Najib berkata, pihak terbabit kini takut ‘menyerang’ FELDA kerana kebenaran telah terbukti bahawa apa yang mereka dakwa tidak betul.

“Sebab itu orang yang dakwa FELDA bankrap hari ini dah ketaq (ketar) lutut. Kita dah menang dua kes (saman) di mahkamah dan empat lagi kes sedang tunggu.
“Kita berada di pihak yang benar. Hari ini mereka tidak berani berkokok lagi. Kita cabar, kalau mereka berkokok, kita saman,” katanya.

Beliau berkata, kesanggupan mereka melakukan satu pengkhianatan mencemar dan menghina institusi FELDA sebegitu rupa dijadikan iktibar oleh semua anak FELDA generasi kedua dan ketiga selain peneroka asal FELDA untuk mempertahankan kerajaan yang sedia ada di Putrajaya.

Katanya, kini tiada siapa pun boleh menafikan hakikat bahawa 317 rancangan FELDA di seluruh negara sudah boleh diiktiraf sebagai masyarakat contoh luar bandar dengan strategi jelas bagi membangunkan serta memperkasakan generasi kedua dan ketiga anak FELDA.

Sementara itu, Najib berkata, FELDA membelanjakan RM210 juta bagi menyediakan peluang latihan atau melanjutkan pendidikan bagi lebih 33,000 anak FELDA selain komitmen membelanjakan RM50 juta setahun untuk tujuan yang sama, manakala sebagai menghargai sumbangan mereka, FELDA turut mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta.

“Ini termasuk masing-masing RM1 juta bagi program memerangi dadah dan gejala sosial, program pembangunan belia, kebudayaan dan sukan, program komuniti berpagar dan keselamatan, pengurusan majlis belia kebangsaan peringkat wilayah dan perancangan serta program sahsiah dan ekonomi belia.

“Selain itu, FELDA juga akan membina gelanggang futsal terbuka berharga RM100,000 setiap satu di setiap rancangan FELDA seluruh negara dengan peruntukan RM25 juta, yang dijangka siap menjelang 2012,” katanya.
Komen Isac;
Begitu hebat dakyah Pas terhadap Felda... Ianya telah berlanjutan terlalu lama sehingga dikalangan khalayak yang berpendididkan tinggipun termakan dengan dakyah ini.
Banyak yang Felda buat untuk menaikkan taraf ekonomi peneroka-peneroka, pendidikan untuk anak-anak mereka, peluang menceburi perniagaan di dalam bandar-bandar pusat, pemilikan tanah dan lain lain....
Itulah caranya untuk majukan rakyaat bawahan.... Sehingga ada di antara anak-anak mereka yang menjadi jurutera, peguam, hakim, doktor, professor dan lain-lain...
Walaupun Felda terbuka kepada semua kaum, tetapi memandangkan kaum Melayu/bumiputera pada waktu Felda dibuka adalah merupakan golongan yang paling ramai termiskin (selepas merdeka) dan pada masa yang sama kaum-kaum lain juga kurang berminat kerana elaun peneroka yang agak rendah, maka kaum Melayu/bumiputera telah menjadi golongan majoriti yang mengikuti skim ini.
Jestru mengkhianti Felda, bukan sahaja bermaksud "mengkhianati" negara tetapi juga "mengkhianati" bangsa Melayu/Bumiputera!!!
Mungkin dikalangan rakyaat yang terpengaruh sebenarnya terhilaf antara Kohilal dengan Felda!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3