bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Dec 2010

Pendedahan Wikileaks - Bagaimana Negara Jiran Mencemburui Kita....

Jangan ambil kisah dakwaan WikiLeaks, kata Najib

December 13, 2010
Malaysian Insider
 

Najib meminta rakyat Malaysia agar membuktikan mereka boleh mencapai kejayaan. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Najib Razak, dalam komen pertama mengenai laporan pendedahan WikiLeaks, meminta rakyat Malaysia tidak menghiraukan cakap-cakap yang menyentuh hubungan negara jiran serantau, sebaliknya mahu memfokus usaha mencapai matlamat negara.
Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

“Kita boleh membuktikan kepada jiran-jiran kita, meskipun kadangkala mereka membuat kenyataan memperlekehkan tentang kita, bahawa rakyat Malaysia boleh mencapai (kejayaan),” kata Najib ketika berucap pada majlis kutipan derma Yayasan Perubatan 1 MCA di sini malam ini.

“Pencapaian terbesar ialah apabila kita menjadi negara maju menjelang 2020,” kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).


Komen isac;

Biasalah tu... Asam-garam bila hidup berjiran.... Bila kita susah...kita diumpat-keji... Bila kita senang... ada pula yang dengki....

Dengan negara merupakan antara negara yang terkaya di dunia dengan bermacam-macam jenis sumber asli dan tanah pamah yang subur pastinya mengundang perasaan iri-hati pemimpin-pemimpin negara jiran...

Terutamanya apabila pemimpin-pemimpin negara dapat mentadbir dengan baik dan mengrakyaatkan sumber kekayaan negara.... Lihat sahaja kepada Petronas... Bagi sesetengah pemimpin negara lain di dunia, syarikat sebegini akan dijadikan milikan "sendiri" oleh pemimpin-pemimpin yang tamak-haloba...

Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia!!!

1 comment:

  1. SALAM, MINYAK DAN GULA PERLU DIIMPORT SELAIN MENGGUNAKAN SUMBER SENDIRI YG TAK CUKUP, TAK HERAN KALAU NAIK TETAPI INI LAIN,

    GUNA SUMBER DINEGERI SENDIRI MACAM AIR PUN PAKATAN RAKYAT TERPAKSA NAIK KAN HARGA AIR?????? LAGI HAPRAK!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3