Alahai Anwar berkawan dengan MP Australia penentang minyak sawit Malaysia pulahttp://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_c59910c7-7f000010-1d956ad0-e5b826ce
Februari lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan beberapa Ahli Parlimen Australia untuk mengadakan protes sebagai menunjukkan sokongan terhadapnya yang berdepan dengan kes liwat.
Antara penyokong kuatnya dalam parlimen negara itu ialah Michael Danby, seorang bangsa Yahudi dan penyokong kuat negara Israel serta pejuang hak asasi kaum gay/lesbian.
Seorang lagi ialah sememangnya Ahli Parlimen gay pertama di Australia, iaitu Senator Bob Brown yang juga seorang atheist. Anwar juga mendapat sokongan seorang lagi Ahli Parlimen negara itu, Malcolm Turnbull yang dikenali kerana menyokong penggunaan pil untuk mengugurkan kandungan bayi.
Terkini, di parlimen Rabu, Anwar memperkenalkan seorang lagi Ahli Parlimen Australia yang menyokongnya, iaitu Nick Xenophon, seorang ahli politik yang dikenali sebagai Anti Minyak Sawit Malaysia.
Xenophon dalam beberapa sidang media di Australia menyuarakan tentangannya terhadap minyak sawit Malaysia yang didakwanya tidak sihat dan tidak baik untuk kesihatan manusia. Malah dia menganjurkan rang undang-undang dalam parlimen Australia yang disasarkan terhadap minyak sawit.
Dalam sidang media di parlimen, Rabu, Anwar memperkenalkan Xenophon kepada media dan seterusnya memberi ruang kepada Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan itu untuk menyuarkan simpatinya terhadap Ketua Pembangkang itu yang kononnya tidak mendapat perbicaraan yang adil.
Komen Isac;
Mana tidaknya...Berkawan dan meminta "sokongan" daripada mereka yang "berhasrat" mahu menjahamankan Felda....
Orang kalau dah terdesak dia tidak kira nasib agama, bangsa, negara malah kawan-kawan pun.... Yang penting diri sendiri selamat... Persetan gelaran "pengkhianat" maupun "penderhaka"....
Jika inilah caranya bukan setakat Felda boleh bankrap!!! Negara ini pun boleh tergadai!!!
suka pulak baca komen tuan ni...
ReplyDeleteBiarlah depa nak undi peliwat tu pun. Bila dah Felda bangkrap, jangan nak menangis tak berlagu pulak.
ReplyDeleteDah diri bodoh undi peliwat.