Anwar ramal pilihan raya umum tergempar Mac depan
December 01, 2010
KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.
Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini.
Pilihan raya umum terakhi diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.
“Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Anwar juga mendakwa Umno tidak pernah berani mengadakan pemilihan parti kerana tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan perwakilan mereka.
Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu.
Komen Isac;
Setiap manusia akan berusaha untuk mengejar cita-cita mereka...Ada barbagai-bagai cara juga... Yang cuma memasang cita-cita tanpa berusaha dipanggil "angan-angan". Yang berusaha selalunya mengatakan usaha tangga kejayaan....
Yang terlampau berusaha tetapi tidak ditakdirkan berjaya akan menjadi kemaruk dan mungkin membawa kepada hilang kewarasan... Golongan sebegini amat merbahaya kerana mereka ini akan berbuat apa sahaja waima sehingga sampai ke tahap menggadai maruah agama, bangsa dan negara demi untuk mencapai matlamat mereka.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.