bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Dec 2010

Piala Suzuki AFF: "Kelicikkan" Norshahrul Idlan (Pengantin Baru) Sekali Lagi Ditagih!!!

Foto: Mingguan Malaysia


Bukan mahu menafikan kerjasama berpasukan yang dilihat begitu ampuh setakat ini, tetapi pujian kepada beberapa individu pemain-pemain Malaysia juga wajar diberikan kerana  dilihat telah memainkan watak utama kepada kejayaan kita untuk sampai ke pentas final malam ini.

Foto: Utusan Malaysia Online



Selain Safik Rahim sebagai ketua pasukan, Safi Sali penyerang utama, Kunalan, Amar dan lain-lain pemain pastinya pecetus dua jaringan Malaysia di final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil iaitu Norsaiful Idlan Talha berjaya mencuri tumpuan ramai. Bagaimana dua kali hantarannya tepat kepada Safi dan Ashari hingga membolehkan Malaysia mendahului dengan dua gol.

Apapun mungkin ramai yang tidak mengetahui Norsharul baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 25 Disember yang lalu. Inai pun mungkin belum kering telah dikerah semula ke padang latihan.

Itulah semangat yang wajar dicontohi!!! Perkahwinan selain memenuhi tuntutan jasmani juga memenuhi tuntutan agama.

Ianya menjadi bukti bahawa perkahwinan tidak membataskan kejayaan atelet kita dan tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk lari daripada tanggung-jawab.

Mudah-mudahan kejayaan di Indonesia nanti akan menjadi hadiah perkahwinan yang paling bermakna buat Norshahrul dan Isteri, selamat pengantin baru dan selamat berjuang!!!

Beliau boleh menjadi model kepada muda-mudi kita!!!

1 comment:

  1. Selamat berjaya kepada Malaysia di Indonesia pada malam ini.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3