bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Dec 2010

Isu Gay - Pas Jangan Hanya Menyalahkan Jabatan Agama Sahaja!!! - Pas Sebaliknya Juga Perlu Bersihkan Imej Gay Yang Terpalit Pada Parti Itu!!!



Pemuda PAS berharap pihak berkuasa agama di seluruh negeri tidak hanya memantau blog dan laman web gay, sebaliknya memantau kegiatan itu secara keseluruhan kegiatannya yang didakwa semakin berleluasa.

 

"Setakat ini, kita selaku rakyat Malaysia masih belum pernah mendengar mana-mana masjid di Malaysia diberikan teks khutbah mengenai keburukan gay dan impaknya kepada negara," kata Ketuanya Nasrudin Hasan (kiri).

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilalaporkan berkata, semua perkara yang menyentuh soal agama dan akidah umat Islam di negara ini akan sentiasa dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), termasuk laman blog gay.
 

Dalam kenyataaan hari ini Nasrudin juga mendesak agar pihak-pihak berwajib memantau premis-premis yang dimiliki oleh golongan tersebut.

 

"Selain itu, pihak Jakim sepatutnya perlu memantau segala jenis hiburan yang terdapat di negara kita," katanya sambil menyatakan kekesalan terhadap penganjuran konsert artis gay Adam Lambert di Kuala Lumpur sebelum ini.



Komen Isac;

Seperti biasa Pas hanya pandai menyalahkan orang lain....Seperti juga hukum hudud, yang salah hanyalah UMNO kononnya menolak hudud... Tetapi sebaliknya Pas sendiri gagal memberikan penyelesaian di dalam memperlengkapkanundang-undang hudud yang mereka cadangkan...

Memang mudah untuk melemparkan kesalahan kepada orang lain dan mengatakan kita semua yang betul... Samada hujah tersebut akan diterima olleh Allah s.w.t di akhirat kelak ??? Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui...

Dalam kes homoseks, jika pas benar-benar ikhlas untuk membendungnya janganlah hanya pandai mengajar jabatan agama Islam mana yang salah dan mana yang betul... Kikis dahulu imej "kaki liwat" yang terpalit pada Pas kerana menyokong PKR dan Anwar Ibrahim...

Walaupun kes terbaru belum lagi diputuskan di mahkamah tetapi perlu diingat keputusan kes liwat I dan tuduhan Karpal Singh di dewan rakyaat pada tahun 1998, sepatutnya cukup buat Pas untuk menjauhkan diri dari kes ini demi memelihara kesucian Islam dan salah faham masyarakat bahawa Pas menyokong budaya "gay"...



Pemuda PAS: Tak cukup pantau blog gay saja
Dis 21, 10 1:40pm

1 comment:

  1. Aku tak pernah pun dengar dalam ceramah PAS sentuh isu gay, takut brader Nuar terasa kot. Apapun anyway cadangan yg bagus boleh dipertimbangkan oleh Pak n Mak Menteri supaya ada khutbah mengenai gay dan drama mengenai gay 'kasi pedas sapa makan cili'.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3