bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Dec 2010

Jika Tidak Menegakkan Hukum Hudud, Apa Baiknya Pas Berbanding Umno???

Jangan bangkit lagi isu negara Islam, kata SU Agung PAS

December 12, 2010
 
Mustafa telah mengarah pemimpin PAS agar tidak menyentuh
isu-isu semasa. — gambar fail
 
 
GOMBAK, 12 Dis — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini meminta semua pihak supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.
 
“Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini.

“Tak usah nak bangkitkan lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar di sini.

Minggu lepas, Mustafa mengarahkan kesemua pemimpin PAS tidak menyentuh isu-isu semasa, dipercayai berkaitan dengan dasar negara Islam dan jawatan timbalan perdana menteri dipegang bukan Melayu sehingga parti itu mengambil satu pendirian hari ini.

Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan sehari selepas pertemuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semalam dan minggu depan mereka akan bertemu di Pulau Pinang sempena konvensyen kedua.

Ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat bulanan PAS kali ini, Mustafa berkata, ia adalah untuk membincangkan mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan minggu depan di Pulau Pinang.

Beliau juga berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan membentangkan kertas kerja masing-masing, sebaliknya hanya akan membentangkan kertas kerja Pakatan Rakyat.

“Kita hanya ada satu kertas kerja bersama iaitu kertas Pakatan Rakyat yang diluluskan bersama.

“Kita tidak ada kertas sendiri, ini adalah kertas Pakatan Rakyat. Bukan kertas PKR, PAS dan DAP.

“Hanya kertas ini sahaja yang akan dibentangkan dan dibahaskan ketika konvensyen minggu depan,” katanya.

Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan mengelak isu-isu sensitif, antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS, sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata, konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.

Pakatan Rakyat yang dibentuk April 2008 merupakan perikatan dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Mereka memenangi lima negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 dan 82 kerusi Parlimen tetapi beberapa wakil rakyatnya telah keluar parti sejak itu.

Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen sulung di Shah Alam Disember lalu dan menerima Dasar Bersama.


Komen Isac;

Selama ini Pas mendapat sokongan orang-orang Melayu kerana kononnya parti tersebut berjuang untuk menegakkan hukum hudud dan negara Islam...

Bila sudah jadi begini... Aapa lagi yang nak diharapkan dari Pas??? Mentadbir negeri pun menjadi mundur dan tertinggal serba-serbi.....

Masihkah lagi ada yang berani mendabik dada, undi Pas masuk syurga??? Apa beza Pas dengan Umno yang selama ini mereka "kafirkan"???

4 comments:

  1. Habis yg hampir 60 tahun mereka dok berceramah ke hulu hilir nak jalankan hudud apa cerita.kalaulah betul nawaitu mereka macamni malulah wahai ........

    ReplyDelete
  2. KEHULU KEHILIR CERAMAH TU PASAI NAK KUTIP DERMA..
    CERAMAH SEJAM LEPAS TU BAWA TIN MINTA DERMA..
    YANG JADI BANGANG DAN BINGAI BODOH NAK MAMPOS TU AHLUL2 PAS...
    ANAK BINI KAT RUMAH TAK CUKUP MENTEDARAH MEREKA BOLIH BAGI DERMA KAT PENYAMUN2 TARBUS PAS.
    ...DUIT DAN BURIT TAK BOLIH DIPISAHKAN OLIH PENYAMUN2 PAS.
    HARAKAH DAH JADI EJEN JUAL UBAT KUAT DAN TAHAN LAMA.
    SEBAB ITU AHLUL2 DAN PENYAMUN GILA SEK.
    BINI ORANG PUN SANGGUP BALUN..
    TAK PERCAYA??...TANYA MAT SABU...

    ReplyDelete
  3. tapi sayangnya masih ramai orang islam yang masih percaya pada meraka

    ReplyDelete
  4. tapi sayang ramai kaum melayu yang berugama islam tertipu oleh mereka

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3