bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Dec 2010

Wajarkah Kita Memilih PKR/PAS/DAP Hanya Kerana Minyak RON 95 Naik RM 0.05???




Kalau setakat minyak naik 5 sen nak tukar kerajaan....Kalau setakat gula dikurangkan subsidi 20 sen nak tukar kerajaan.... Baik tukar kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah yang naikkan harga air, baru-baru ini...

Bagi orang Melayu/Bumiputera, lihatlah disekeliling kita.... Apa yang kita ada sekarang dan apa yang kita semua nikmati ini hasil usaha siapa??? PKR, PAS dan DAP??? Sudah tentu jawapannya tidak sama sekali....

Mereka cuma tahu membangkang.... Lebuhraya Plus dan jambatan Pulau Pinangpun jika diikutkan kepada mereka, tak perlu dibina!!! Tapi lihatlah bagaimana dua-dua infrastruktur ini telah menyemarak dan mempertingkatkan ekonomi negara!!!

Jika 25 tahun dahulu kita dengar cakap mereka pastinya kemakmuran dan kemajuan negara hari ini akan mundur 10-15 tahun ke belakang!!! Mungkin juga lebih!!!

Kalau pada tahun 1998 rakyaat kaum wanita/ibu Korea Selatan sanggup memberikan semua barangan kemas mereka kepada kerajaan untuk menebus hutang negara mereka kepada IMF!!!

Apa lah sangat pengurangan subsidi RM 0.05 untuk petrol dan RM 0.20 untuk gula??? Sedangkan selama ini kita telah merasa nikmat subsidi tersebut selama puluhan tahun....

Rakyaat Korea lebih patriotik??? Apa pula sumbangan kita kepada negara??? Dengan melantik "pengkhianat" yang mahu "menjual" negara kepada IMF sebagai PM??? Lu fikirlah sendiri!!!

10 comments:

  1. tak ambil pot sangat benda ni semua tapi minat dengar cite je n sekarang ni kenen kerja kuat untuk jadi orang senang dalam usia yang muda sb nikmat yang paling best masa muda adalah kepuasan dan boleh jadi idola dan contoh pada orang lain,terutama dapat bantu orang melayu dari segi penjagaan kesihatan dan pendapatan 5 angka,..dua perkara yang manusia sentiasa sia-siakan iaitu masa dan kesihatan (sabda Rasullullah) .layari http://monavie-healthmalaysia.blogspot.com
    layan tau blog ni sb ada benda nak syer.tq for all,i love my family

    ReplyDelete
  2. Salam. Kita tidak boleh menyalahkan sesuatu kerajaan itu kerana kenaikan harga barang. harga minyak di kawal oleh pasaran dunia. Negara yang mempunyai minyak yang banyak dan mengeluarkan minyak beratus-rarus tong sehari sendiri tidak dapat mengekalkan harga minyak. Sesuatu barangan itu kalau naik harga kerana naik minyak hanyalah alasan sahaja dan mengambil kesempatan. Pemborong, pembekal dan peniaga yang bertnggungjawab menaikkan harga sesuatu barangan. Mereka memanipulasikan harga barangan mengikutkan kebijaksanaan mereka. Pada suatu masa dulu ketika harga minyak dunia melambung tinggi dan kerajaan menaikkan harga diesel sehingga RM1 harga barangan pun ikut naik. TApi selepas itu bila kerajaan menurunkan hampir 50% harga minyak harga barangan tetap kekal dan tidak diturunkan oleh peniaga. Alasan yang deriung diberikan ialah barang stok lama dan produk dari luar negara. Contoh alin yang saya dapat berikan ialah ayam. Penternak akan membakar anak-anak ayam untuk menaikkan harga. Begitu bijak mereka memanipulasikan harga. Harga minyak hanya sebagai alasan sahaja. BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU.

    ReplyDelete
  3. Baru jadi kerajaan kat Selangor, P.Pinang, kedah pun dah nak telingkup. Ada hati nak ngajar kerajaan pusat. Perak lagi la cepat. Buntut belum panas dah kena tukar...Huu..Huu..Huu..

    ReplyDelete
  4. Silakanlah undi Pakatan Rakyat kalau nak rasa bontot tu rabak.

    ReplyDelete
  5. salam bro, selama ini kerajaan bagi subsidi puak juak tu tak tahu erti nak bersyukur pun.. eloklah tarik balik subsidi tu sikit. Kalau dok tanggung asyik nak free jer, sampai kiamat pun mereka takkan rasa cukup.

    ReplyDelete
  6. Saja nak tanya?

    Kalau mamat yang komen ni ada terpijak syiling 5 sen jstuh kat jalan atau mana-mana tempat ada tak dia kutip n simpan@kumpulkan? Kalau benda simple dan mudah tak leh nak buat,jangan la nak persoal lebih-lebih petrol naik 5 sen tu!

    ReplyDelete
  7. ALJUBURI
    Masalahnya bkn kenaikan harga brg tu 5 sen @ 10sen, tapi telah diwar-warkan di akhbar2 perdana tahun ini minyak RON95 tidak akan naik haraga, tetiba naik plak, bagi kami orang2 muda yang baru berjinak-jinak dgn BN terasa tertipu, malah agak sukar utk mempertahankan tindakan kerajaan apabila di tomah berbagai tomahan oleh pengikot2 PR, da la UMNO di bahagian kami seolah-olah UMNO ni mak bapak derang nyer.,"BERUBAH @ REBAH" ungkapan PM masa persidangan UMNO, tetapi kebanyakan pemimpin UMNO banyak yang memilih REBAH!.Jangan salahkan orang melayu andai sokongan terhadap UMNO semakin pudar, sebalik nya salahkan la pemimpin2 UMNO yang masih belom sedar seolah-olah orang melayu zaman sekarang masih lagi bodo macam zaman2 70an dulu.

    ReplyDelete
  8. Anon 9 December 2010 11:34,

    Akupun bukannya ahli Umno...

    Tapi kalau nak buat sesuatu tu fikirlah dulu dan lihat sekeliling....

    Apa PKR bagus sangat ke? Cakap ada 400k ahli... taim mengundi kurang daripada 10% yang mengundi... Itupun termasuk yang mengundi berkali2...

    PKR tu mak bapak dia orang yang punya ke???

    ReplyDelete
  9. salam.. anom 9 Dis 2010 11:34

    Aku ni bukannya ahli UMNO, tapi aku sayangkan Negara Malaysia tercinta.

    Kalau takat harga minyak naik sebenarnya bukan terjadi saja kat M'sia ni. mana mana negara pun hadapi masalah demikian.

    You pernah tinggal atau pergi ke luar Negara? Pernah sewa kereta kat sana?

    Masa tahun 1999 aku di tugaskan kat Brunei, mula mula belum sampai sana rasa syok la juga sebab kat sana rasa minyak murah, la kan Brunei tu Negara yang kaya dgn minyak. Masa tu harga minyak kat M'sia rm 1.20/liter.

    Tapi bila dah sampai sana lagi teruk... B$0.86 jadi setelah ditukar ke rm... dah rm2.15/liter.

    adakah kita ni tak boleh terima kenaikkan 5sen.

    apa yang kita dah buat untuk menjaga nama baik negara kita sendiri?

    adakah kerana 5sen kita sanggup jual negara kita?

    ReplyDelete
  10. Korea semua rakyat dia 'korean'.Jepun pun,semua jepun.Tak macam Malaysia.

    Cina ada..india ada..melayu ada.Bukan mudah nak amik sokongan semua dengan cepat.Masing2 nak hak masing2.Tambah2 cina rasist.Pehh...kalau setakat beza melayu jawa ka..melayu pattani ka..tadahal la sangat.Ni jauh sungguh beza.

    Senang cerita,kalau semua kat Malaysia ni,senang la nak nampak patriotik macam jepun dengan korea.

    Kan?

    Ni lah dilema malaysia.Orang kata,LEBIH SUDU DARI KUAH ye dak 'puak2 rasist' ni? Hahahaa....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3