Kehilangan 10 tonggak utama menjelang kejohanan ini telah memberikan peluang kepada sepuluh yang lain untuk menonjolkan diri sebagai wira bolasepak negara.
Bayangkan 10 tonggak yang tercedera kebanyakkannya telah terlibat di dalam membawa pulang pingat emas bolasepak Sukan Sea, kini pemain-pemain bolasepak kita yang berpotensi untuk diketengahkan telah semakin bertambah!!!
Syabas buat FAM!!! Semoga perancangan menghantar skuad Harimau Muda untuk bermain di Yugoslavia atau mana-mana negara luar lain tidak berhenti di sini!!!
Tanpa program teratur oleh FAM pastinya skuad negara akan tempang apabila kesemua tonggak pertahanan terpaksa diketepikan disebabkan oleh kecederaan...
Yugoslavia?? wujud lgker? huhu.. bukanla harap btulkan dekat Slovakia
ReplyDelete