bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Dec 2010

Keadilan Hanya Buat Ketua Umum PKR!!! Bagaimana Dengan Rakyaat Marhaen???

Bapa Saiful mohon perkenan Agong percepat kes liwat

14/12/2010 7:18pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm




KUALA LUMPUR 14 Dis. — Bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.

Beliau hadir di hadapan Istana Negara di sini ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada pukul 3 petang.

Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan,” katanya.

Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama


Komen Isac;

Bukan mahu menuduh... Cuma meminta beliau (Saiful) diberikan keadilan yang sewajarnya seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang negara. Ini penting kerana keadilan bukan sahaja buat pemimpin besar seperti Anwar!!! Tetapi keadilan juga perlu diberikan buat "budak pembacuh kopi"...

Samada pendedahan Wikileaks adalah berkat doa Saiful di tanah suci, hanya masa yang bakal menentukan....

Saranan penulis, jika DSAI benar-benar tidak bersalah.... Buktikan lah di mahkamah dan janganlah proses perbicaraan dilambat-lambatkan lagi.... Berani kerana benar, takut kerana salah!!!

Kadang-kadang dalam keghairahan kita mempertahankan perkara yang kononnya hak kita,  pemimpin tersohor kita... Tanpa disedari kita telah menzalami orang lain....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3