PENYERANG Arsenal, Teo Walcott (tengah) diapit pemain tengah Manchester United, Park Ji-Sung (kanan) dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, Manchester, awal pagi ini. Manchester menang 1-0 hasil jaringan Ji-Sung. - Foto AFP
Dec 14, 2010 8:22 am
MU kembali di puncak liga2010/12/14
LONDON: Manchester United menewaskan Arsenal 1-0 untuk merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.
Gol United diperoleh menerusi tandukan mengelirukan oleh pemain antarabangsa Korea Selatan , Park Ji-Sung pada minit ke-41 hasil hantaran Nani.
Gol United diperoleh menerusi tandukan mengelirukan oleh pemain antarabangsa Korea Selatan , Park Ji-Sung pada minit ke-41 hasil hantaran Nani.
United jelas mendominasi perlawanan dengan menguasai bahagian tengah dengan melancarkan serangan menerusi rangkaian penyerang Wayne Rooney-Ji-sung-Nani.
United hampir menambah jaringan tetapi tendangan penalti Rooney tersasar pada minit ke-72.
Dengan kemenangan itu, United kini mengumpul 34 mata, dua mata dipisahkan dengan Arsenal yang kini kembali ke tempat kedua. Bagaimanapun, United masih mempunyai baki satu perlawanan berbanding Arsenal.

Komen Isac;
Piala BPL akan kembali ke Old Trafford??? Masih terlalu awal untuk memperkatakannya, tetapi dengan prestasi Chelsea yang masih terumbang-ambing, jalan menuju ke sana di lihat telah terbentang semakin luas.....
pooorahh..hahaha
ReplyDelete