bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Sept 2011

Mat Sabu Ikon Baru Pas - Mursyidul Am "In The Making"???

Mengapa penulis kata begitu, sebabnya berbanding dengan Ustaz Nasha dulu, Mat Sabu dilihat belum pernah ditegur apa lagi ditemplak sejak beliau memenangi kerusi Timbalan Presiden Pas.

Walaupun pernah diaibkan dengan kes khalwat di bilik Hotel Perdana no. 121 yang tangkapannya disaksikan sendiri oleh 2 orang pegawai MAIK (kes tersebut diberitakan telah digugur atas sebab teknikal), mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan (sebaliknya menuduh Utusan memutar-belitkan ucapan beliau) dan terbaru perbualan "sex phone" yang dikaitkan dengan beliau, percayalah Mat Sabu sememangnya ahli politik yang "kebal".

Ahli politik berwajah "selamba" ini sememangnya hebat, bukan sahaja Nik Aziz dilihat tidak berani untuk "mengawalnya" seperti mana yang telah dilakukan terhadap Ustaz Nasha, tetapi Datuk Tuan Ibrahim Man seorang lagi kepimpinan Pas yang dihormati ramai dan berlatar-belakangkan pendidikan agama dilihat bermati-matian mempertahankan beliau dalam isu "Komunis".

Sebelum beliau pergi lebih jauh dan lebih "tinggi" apa kata jika Mat Sabu membersihkan dulu imej Pas terutamanya daripada isu ke mana hilangnya Tabung Memali dan juga wang Tabung Kohilal yang telah diusahakan oleh Pas sebelum ini.

Tetapi pandangan peribadi penulis sekiranya beliau berjaya menjawat jawatan Mursyidul Am Pas, alamat lingkup lah jawabnya....

1 comment:

  1. Bio betul bang naj jadi murshit am PAS kan dia dropped out from ITM nak harap pengajian dari mesir langsung tak ade...banyak shit dalam PAS ni

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3