Sejarah membuktikan tidak ramai orang Melayu yang memasuki Parti Komunis Malaya kerana pendekatan parti tersebut yanng menolak kehidupan beragama. Bagi Komunis, "Agama adalah candu masyarakat". Itu kata pengasasnya, Karl Rasputin. Kalau adapun orang-orang Melayu yang memasukinya itu samada tanpa mereka sedari akan fahaman perti tersebut ataupun kerana paksaan.
Jestru apabila Mat Sabu senada dengan propaganda DAP yang mendakwa bahawa PKM juga adalah pejuang kemerdekaan negara dan hero menentang penjajah, penulis boleh simpulkan bahawa samada beliau ini "buta sejarah" ataupun sememangnya Mat Sabu ini anak kepada ahli PKM. Jadi dengan membuat dakwaan tersebut akan dapat membersihkan "sejarah" hidup beliau???
Jika dilihat dendam dan kebencian beliau terhadap pihak polis dan bagaimana cara beliau "menipu" mendakwa diri dilanggar sehingga kononnya lututnya tercedera tidak keterlaluan jika penulis mengatakan propaganda yang beliau lakukan menyamai propaganda ahli-ahli PKM pasca perang dunia kedua.
Ironinya Pas yang dahulunya mendakwa parti Islam kini telah semakin parah, bukan sahaja tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah disusup masuk oleh ahli-ahli PKM yang menentang konsep anutan agama....
Org macam ini adalah komoinis zaman moden dimana pendekatan secara yahudi. Gunakan isu sensitif utk mendpt sokongan ramai. Matlamatnya adalah kuasa & sokongan. Dia sanggup membunuh siapa saja yg menentangnya. Org yg tiada ilmu & hanya bercakap mengikut nafsunya saja.
ReplyDelete