TERKINI Tentera Pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang berperanan melawan pemberontak Islam di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui anggotanya secara tidak sengaja menembak mati seorang wartawan Malaysia pada awal bulan lalu, lapor Reuters. Noramfaizul Mohd Nor bertugas sebagai jurugambar Bernama TV terkorban apabila tentera AU rakyat Barundi melepaskan tembakan ke atas kenderaannya pacuan empat rosa yang dinaikinya bersama sekumpulan wartawan lain.
Kejadian itu juga menyebabkan seorang lagi wartawan TV3, Aji Serigar cedera dalam kejadian pada 4 September itu.
"Lembaga siasatan yang ditubuhkan mendapati empat orang tentera Barundi terbabit dan mengesyorkan mereka, dibawa ke mahkamah mengikut proses ketenteraan dan kehakiman negara mereka, "kata kenyataan yang dibuat oleh pasukan pengaman Amisom.
Kesemua mereka telah digantung daripada tugas sejak kejadian tersebut, kata kenyataan itu.-27/9/2011.
Komen Isac;
Terbukti apa yang diberitakan oleh blogger-blogger pro BN sebelum ini bahawa kematian allahyarham Noramfaizul Mohd Nor bukannya angkara pemberontak terbukti benar.
Jestru tuduhan-tuduhan liar sebelum ini yang menyalahkan Datu Aziz dan Umno yang kononnya sengaja menempah maut dan tidak menghiraukan tentang keselamatan anggota-anggota misi bantuan, terbukti meleset.
Yang pasti, kadang-kadang sesuatu teragedi merupakan suratan takdir. Siapa sangka askar2 AU yang sepatutnya menjaga keselamatan mereka bertindak seperti "pagar makan padi"???
Kalaupun kita memakai 7 lapis jaket kalis peluru, kalau ditembak menggunakan mesingun dengan peluru sepanjang hampir 150mm pastinya "tak dapek nak menolong".
Terbukti bahawa ramai di Malaysia ni yang lebih suka mencari salah orang lain....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.