Selama lebih 50 tahun mencanangkan akan menegakkan hukum hudud dan negara Islam, tetapi kini tidak lagi demi sokongan bukan Islam.
Mereka juga meletakkan kesalahan tersebut kepada Tun Mahathir kononnya kerana mantan PM tersebut menolaknya pada tahun 1994.
Ironinya setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan sejak 8 tahun lalu dan kita telahpun mempunyai dua orang PM sejak 2004, tiada lagi percubaan PAS di bawah pimpinan Nik Aziz untuk mengusulkan semula Hukum Hudud PAS yang dikemukakan sebelum ini kepada PM-PM yang baru apa lagi memberikan penambah-baikan terhadap Hukum Hudud tersebut setelah ditegur oleh Tun Mahathir.
Adakah dengan hanya sekali percubaan maka sudah cukup buat PAS untuk berpeluk tubuh dan menyalahkan Tun Mahathir sehingga kiamat???
Mengapakah saranan dan teguran Tun Mahathir tidak diperhalusi dan dipergunakan untuk penambah-baikan???
Saranan PAS bagi penulis bukan sahaja seperti biskut, "sekejap ada sekejap tak ada" (dulu memperjuangkan hududt, sekarang tidak lagi), bahkan juga, "mula-mula keras, direndam air jadi lembik" (baru kena tegur dan patah semangat).
Seperti kata Tun Mahathir, sekarang setelah beliau sudah tidak lagi berkuasa, mengapa PAS pula yang diam seribu bahasa???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.