Dalam politik apapun boleh "diperniagakan", janji "masuk"...
Samada "hudud" yang diperjuangkan lengkap atau tidak, mengambil kira keadilan untuk semua atau tidak, itu cerita lain....
Usaha untuk menegakkannya pun dilihat hanya umpama melepaskan batuk ditangga...
Dapat sedikit teguran.... Terus senyap dan terus-menerus menyalahkan Tun Mahathir yang kononnya menghalang perlaksanaan Hudud. Ironinya Tun telahpun bersara sejak 8 tahun yang lalu...
assalamualaikum,
ReplyDeleteyang salah tetap salah.
pergunakan Islam atau ikhlas kita tidak pasti. politik ibarat sebuah kilang, walaupun ada general manager, tapi setiap bahagian ada penyelia masing-masing dan kepala masing2.
Pas silap apabila memilih untuk menunduk akan tekanan dari PKR & DAP. situasi ini mungkin sesuai bagi kawasan pantai barat. Pas juga silap apabila memilih Mat Sabu sebagai orang no 2 mereka.
tapi bagi kawasan Kelantan & Kedah, sebenarnya Pas punya kuasa dan sokongan untuk menentukan identiti mereka sendiri dari segi pentadbiran. sekadar polemik atau tidak,
seharusnya BN mengambil peluang ini. pertama di atas nama Islam & Ummah, kedua diatas nama Melayu. Apa salahnya jika BN menkaji balik larangan Hudud Kelantan tu, kalau benar ia tidak menurut acuan Islam sebenar, banyak cerdik pandai agama di dalam Kerajaan yang boleh menolong untuk memperbaiki draf Hudud Kelantan, malahan kerajaan pusat jika mau punya peruntukan unutk mendapatkan pandangan pakar Perundangan Islam dari luar negara.
BN terutamanya UMNO seharusnya memberi sokongan bagi Kelantan untuk melaksanakan Hudud. jika memerlukan pindaan pada Akta & Undang2 sedia ada, silakan, sila beri sokongan.
apa ruginya kepada UMNO jika Hudud di laksanakan di Kelantan. sekurang-kurangnya jika berjaya, UMNO sebagai Parti utama yg mendokong juangan Agama, Bangsa & Negara boleh berbangga kerana dalam memperkatakan bab Islam, bukan sahaja Pas yg perjuangkan, malahan UMNO juga membantu dengan mencantikkan lagi draf Hudud.
JIka tidak berjaya Hudud itu, kesan nyata bukan kepada UMNO, tetapi kepada Pas.
Saranan KP UMNO sepatutnya diberi perhatian.
paku dulang paku serpih... dulu mengata PAS yg sengaja sentia nak memecah belahkan org Melayu, bila ada kalangan UMNO sendiri yang menjurus kepada perpaduan walau bukan dlm lingkup ideologi, itu pun tak dilayan. malahan bagai anak kecil bermain dgn air, ditepuk terpercik bukan sahaja ke muka sendiri, malahan ke serata pandangan.
ish ish apalah nasib bangsaku, inikah yg dikatakan bakal tentera Panji Hitam???
MOHON LINK,
ReplyDeletehttp://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/