bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Sept 2011

Mufti Johor, Zaman Darurat dan Amalan Bacaan Surah Yaasin...

ALOR SETAR 10 Sept. (Utusan Malaysia) - Isu mengangkat komunis sebagai hero turut mengguris hati Mufti Johor sekarang yang menyimpan cerita tersendiri tentang kekejaman komunis di kampungnya sehinggakan ayahnya menamakan beliau 'Tahrir' yang bermaksud 'pembebasan'.

Datuk Mohamad Tahrir Shamsudin berkata, ayahnya iaitu seorang ulama yang dikenali sebagai Kiyai Haji Shamsudin Haji Redzuan berharap beliau akan terlibat dalam usaha membebaskan negara daripada ancaman komunis.

Kampungnya iaitu Kampung Kundang Hulu di Muar adalah bersebelahan dengan Bukit Kepong yang dipisahkan oleh Sungai Muar dan keadaan ketika itu tegang manakala penduduk ketakutan akibat diancam dan dibunuh oleh komunis.

Mohd. Tahrir, 62, berkata, ketika itu penduduk termasuk ayahnya mempunyai sebilah parang yang tertulis kalimah Lailahaillallah untuk digunakan jika berlaku kecemasan ketika mempertahankan diri, keluarga dan penduduk.

"Parang panjang itu masih ada sampai sekarang.  

"Apabila saya dilahirkan pada 25 Mei 1949, harapan orang tua adalah mahu saya suatu hari kelak membebaskan negara daripada ancaman komunis dan sebab itu beliau menamakan saya Tahrir," katanya kepada Mingguan Malaysia, hari ini.

Tahrir berkata, ayahnya memberitahu, ketika itu penduduk tidak mempunyai senjata api untuk mempertahankan diri melainkan parang sahaja jika terdapat ancaman komunis terutama pada waktu malam.

Justeru, menurutnya, penduduk mengadakan bacaan Surah Yasin setiap malam Jumaat di masjid atau surau manakala ayahnya mengarahkan lebih kurang 200 pelajar Madrasah Shamsudiniah membaca surah tersebut setiap malam selepas Isyak bagi mendoakan keselamatan daripada ancaman komunis.

"Alhamdulillah berkat bacaan surah Yasin, doa umat Islam dimakbulkan. Ini bukan sahaja di Muar tetapi juga difahamkan diamalkan di seluruh negara dan hingga ke hari ini amalan membaca Yasin diteruskan di mana-mana tempat," katanya sambil meminta agar umat Islam jangan terpengaruh dengan pendapat yang membidaahkan amalan membaca surau Yasin.

Walaupun tragedi Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950, namun kawasan Muar dan sekitarnya hanya diisytiharkan sebagai kawasan putih pada 1961.

Dalam tempoh tersebut, beberapa kejadian berlaku antaranya penduduk yang mencari burung di hutan dibunuh oleh pengganas komunis.

"Ancaman pengganas komunis terlalu menakutkan hingga ketika saya berumur antara enam atau tujuh tahun saya bermimpi seorang anggota komunis wanita datang ke rumah untuk meminta makanan.

"Tetapi, saya sebagai anak lelaki dalam mimpi itu cuba mempertahankan keluarga, tetapi apa yang pelik mimpi itu masih segar dalam ingatan hingga ke hari ini," jelasnya.

Justeru, beliau mengingatkan umat Islam di negara ini supaya bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikurniakan Allah serta perlu terus berdoa dan berusaha akan dikekalkan nikmat tersebut.

"Sebab itu dalam bacaan doa tahlil biasanya (di Johor) akan disebut kita memohon negara Malaysia secara amnya dan kampung kita khususnya agar diselamatkan daripada sebarang ancaman bahaya dan ini telah dilakukan sejak zaman dahulu, termasuk sewaktu diancam pengganas komunis," katanya.


Komen Isac;

Bercerita tentang komunis pasti rakyaat Malaysia yang waras akan menolak ideologinya, kecuali mereka yang kurang waras macam Mat Sabu.

Bila bercerita tentang tahalil dan amalan membaca surah Yaasin ada pula yang mengatakannya sebagai bidaaah... Sedangkan kedua-duanya adalah berasaskan kepada Al-Quran dan merupakan suatu amalan yang baik, selain ianya mengamalkan bacaan suci Al-Quran ianya juga disertakan dengan berdoa agar kita sentiasa mengharapkan perlindungan dan pasrah kepada ketentuan Ilahi.

4 comments:

  1. Orang yang mempertikaikan amalan tahlil sebagai boleh menyebabkan kita masuk neraka ini adalah pengikut fahaman wahhabi. Malang nya ulama wahhabi ini telah diberi ruang yang luas berdakwah menerusi media seperti TV, Malaysiakini dan Sinar Harian. Malahan parti politik juga termasuk UMNO menerima mereka, yang paling aktif dan bahaya ialah yang bernama Nawawi Subandi. Mereka ini adalah punca perpecahan orang Islam/Melayu seperti yang telah berlaku di Taman Sri Ukay/Hillview, dan ianya berpunca daripada Dr Asri.

    ReplyDelete
  2. KITA TENGOK APA KATA PESURUHJAYA PAS JOHOR MENGENAI KOMUNIS,DR MAHFUZ,RASANYA DIA BELUM KOMEN LAGI PASAL KOMUNIS, DIA PUN ASAL MUAR,PARIT RAJA DAH DEKAT DENGAN BUKIT KEPONG

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya "majlis" tahlil dan "majlis" bacaan Yassin tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi dan sahabat ... itulah alasan golongan tersebut, yang mana sepatutnya kita terima dengan hati terbuka ... dalam persoalan ibadat, kita tidak dianjurkan mengkhususkan upacara tertentu jika ianya tiada sandaran dari dalil ...

    Untuk menggunakan dalil umum berkenaan bacaan al-Quran dan zikir, ianya tidak tepat bila mana amalan-2 umum tertentu dikhususkan ... mengikut kaedah fiqh "asal hukum sesuatu ibadat adalah haram melainkan ada dalil yang mewajibkan" ...

    K'9999

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3