bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Sept 2011

Hakikat Buku "Pengukir Nama Johor" - Mat Indera Ditipu PKM, PAS Pula Bakal Ditipu DAP???


Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API. (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988).

Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Nukilan dari blog klik sini.


Komen Isac;

Jika dilihatkan kepada buku "Pengukir Nama Johor", tidak dinyatakan bahawa Kerajaan Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang pejuang kemerdekaan negara. Nama beliau cuma dicatatkan sebagai anak jati Johor yang telah secara tidak langsung memahsyurkan nama Johor kerana merupakan anak Melayu yang menjawat jawatan tertinggi di dalam hiraki Parti Komunis Malaya dan juga telah terlibat di dalam serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong.
Walau bagaimanapun buku tersebut tidak pula menafikan serangan ganas PKM terhadap Balai Polis Bukit Kepong adalah diketuai/diarahkan oleh Mat Indera, samada secara langsung ataupun "ditipu" oleh pemimpin2 PKM berketurunan Cina. Jika Mat Indera yang mempunyai kedudukan yang agak tinggi dalam PKM pun boleh "ditipu" oleh PKM yang dipimpin oleh Chin Peng, bagaimana pula kedudukan Pas di dalam Pakatan sekiranya isu2 yang melibatkan kepentingan Melayu dan agama Islam dimonopoli oleh DAP sebagaimana yang berlaku di Perak, tanah milikkan 999 tahun??? Isu Murtad dan rumah urut di Selangor? Duit hasil judi untuk warga tua dan peniaga2 Melayu dihalau daripada permis perniagaan mereka?

Buku tersebut bagi penulis cuma cuba merungkai, bagaimana seorang yang memperjuangkan kemerdekaan akhirnya tersesat dan tersalah langkah apabila terlibat dengan perjuangan PKM. Sesuatu yang sepatutnya dihindari!!! Soalan penulis, jikapun Mat Indera berhati mulia dan sebenarnya telah menjadi mangsa penipuan PKM, wajarkah PKM pula yang kita angkat sebagai pejuang kemerdekaan dan mereka yang bersimpati dengan mereka kita agong2kan dan dijadikan sekutu??? 

Itulah hakikat yang penulis blog "sarahuglylady.blogspot.com", Mat Sabu dan penyokong2 PAS gagal untuk memahami....

Kini sejarah seolah2 berulang di mana Anwar yang telah hilang pertimbangan sehingga sanggup menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan negara pula sedang diagong2kan!!!




12 comments:

  1. elok kita iktiraf Jepun sebagai pejuang kemerdekaan negara kita sebab Jepun berjaya halau penjajah British keluar dr Tanah Melayu.

    ha..ha..

    buku biografi cerita kisah hidup je, bukan sejarah muktamad utk senang-senang di iktiraf.

    Jepun halau british akhirnya Jepun jajah kita.

    kalau komunis berjaya menguasai negara kita, daripada elok-elok hampir nak merdeka terpaksa pulak hidup bawah penjajahan komunis.

    ReplyDelete
  2. Saya amat sedih sampai kini ada melayu seracis ini.

    ReplyDelete
  3. kadangkala sukar untuk mereka memahami Sejarah. Ertikata Sejarah itu yang wajar mereka fahami. Sejarah membabitkan isu2 terdahulu sama ada baik atau buruk. Sejarah untuk kita jadikan panduan dan sempadan. Masyarakat kini, terlalu taksub sehingga menjadikannya PANDUAN semata-mata..

    ReplyDelete
  4. lidah Umno seoerti utusan dan TV3 sert yang lain patut dimatikan dahulu, sebab terlalalu banyak pembohongan.. Pihak pembangkang patut berfikir bagaimana, untuk menguasai atau membeli lidah lidah tersebut

    ReplyDelete
  5. Sejarah haruslah di ceritakan secara terus terang dan jangan di selindungkan walaupun sebesar mana pun kisahnya....jangan kan nak faham sejarah sebenar...ringkasan yang tuan tulis kat sini pun berbelit2..dan susah untuk difahami,sejarah dalam bentuk teks hendaklah dibuat dengan tersusun rapi dan mudah difahami oleh semua, Oleh sebab itulah kita melantik pakar2 sejarah untuk mengkaji serta membukukan sejarah agar generasi akan datang dapat memahami keadaan sebenar sesuatu peristiwa.Pakar yg.dilantik juga haruslah tidak memihak mana2 parti politik.Sekiranya berlaku di sebaliknya pertikaian akan timbul di suatu dekat yang akan datang mungkin (100 tahun)dan sejarah akan menjadi cerita dongeng suatu hari kelak.....Pencinta Sejarah Wallahhualam.

    ReplyDelete
  6. UMNO, atas kepentingan tertentu, tidak mahu mengiktiraf approach yang digunakan oleh PKMM berserta sayapnya dalam usaha mendapatkan kemerdekaan.
    Mengapa? Padahal bukan sedikit bakti dan pengorbanan yang telah mereka curahkan.
    Sejarah pengorbanan dan perjuangan mereka ini sepatutnya perlu juga disampaikan kepada kepada anak cucu kita buat dijadikan iktibar.
    Penulisan kandungan sejarah sepatutnya tidak boleh berbau politik, kerana jika itu berlaku, maka banyak fakta akan disembunyikan. Bila rakyat mengetahui wujudnya keadaan ini, maka persoalan demi persoalan akan timbul, dan inilah keadaan yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  7. Kalau kita fikir secara waras tiada pahlawan-pahlawan dahulu mati di tembak oleh komunis...semuanya mati di tembak oleh tentera inggeris...jadi siapa pembelot dan pejuang negara..jadi tak perlulah kita perbesarkan isu yang tiada penyelesaian...cuba kita imbas kembali sejarah dahulu...Mat Salleh Pahlawan Sabah...Tok Janggut..Mat Kilau dan pahlawan-pahlawan yang lain...Semuanya mati menentang siapa....cuba fikir-fikirkan...sekarang kita hidup dalam keadaan aman tak perlulah bertengkar kerana benda yang remeh ini...Yang penting kita bertakwa kepada yang maha esa...mohon keampunan kepadanya..datanglah ke masjid atau surau sembahyang secara berjemaah untuk mengeratkan lagi perpaduan sesama umat islam.Hidup mati bersama islam....bersyukurlah dilahirkan menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W dan yang disembah ALLAH yang satu...

    ReplyDelete
  8. tiada siapa mempertikaikan pahlawan lama yg berjuang menuntut kemerdekaan dari inggeris. Malah kita angkat para2 pejuang ini dlm sejarah penubuhan Malaysia seperti maharaja lela, tok janggut, dato' naning dll. Kita jadikan mereka ikon kemerdekaan dlm buku sejarah kita dan kita semaikan kpd anak2 kita ttg peristiwa sedih kejatuhan melaka, perjanjian pangkor dll supaya anak2 bangsa mengenal intan dari kaca, supaya generasi kita dan seterusnya tidak meniru kesilapan2 nenek2 moyang kita sehingga tergadai tanah air.

    Kita juga amat membenci penjajahan inggeris ke atas tanah melayu namun kebencian itu tidak pula menumbuhkan rasa cinta kepada ideologi komunis sehingga mahu meletakkan mereka2 ini setaraf dgn pahlawan2 kemerdekaan yg lama.

    -tenno-

    ReplyDelete
  9. ORG umno yg takut dijajah , jika pas menang ramai dato2 umno yg masuk penjara ,itu yg mereka takutkan sebenarnye , kita sebagai rakyat takde ape pun malahan silap haribulan akan jadi lebih sempurna ckup lah 54 tahun kena tipu jgn hanya sehelai kain pelikat maruah diri d beli oleh manusia yg berkepentigan

    ReplyDelete
  10. cukup la orang melayu bercakaran sesama sendiri kerana isu remeh... Orang bukan melayu bertepuk tangan tengok keadaan ini.. Jangan musnahkan negara kita yang dah 54 tahun merdeka ini.

    Bersatulah wahai umat melayu agar tiada perpecahan...

    ReplyDelete
  11. Walau sesiapa pun Mat Indera samada dia ahli UMNO atau PAS atau penentang British, yang penting ianya adalah ahli PKM yang di haramkan oleh Kerajaan Malaysia.Jangan kita bertolak ansur dengan perkara2 seperti ini.
    Pihak kerajaan tidak peka dan tidak mengambil tindakan keras dan wajar kepada mereka2 yang mencabar ideologi kedaulatan Malaysia. Sepatutnya Mat Sabu atau mana-mana kaum di Malaysia yang mencetuskan isu sebegini di jatuhkan hukuman yang keras kerana secara berani menyokong perjuangan komunis.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3