bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Sept 2011

Penemuan Terhebat Abad Ini??? Lanskap Fizik, Teknologi dan Kehidupan Manusia Bakal Berubah???



GAMBAR menunjukkan bangunan Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah pada 30 Mac 2010.




PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya.

Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.

Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein.

Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.

Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.

Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya. "Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.

"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP


Komen Isac;

Bayangkan kemungkinan sistem telekomunikasi yang kini menggunakan fiber optik (menggunakan cahaya) bakal ditingkatkan kelajuannya dengan penemuan terbaru ini???

Kelajuan jet2 pejuang masa kini berbanding kelajuan bunyi (supersonic) boleh mencecah sehingga Mach 2.4 atau lebih (1 Mach = 1,236 Km/jam). Sumber klik sini.

Bayangkan jika kelajuan pesawat2 udara dan roket di masa hadapan mempunyai kelajuan melebihi kelajuan cahaya!!! 1,080 million Km/jam. Sumber klik sini. Perjalanan dari bumi ke bulan cuma akan mengambil masa 1.3 saat??? Wow!!!

2 comments:

  1. Kesimpulan: APA YANG SUDAH SEDIA DIKETAHUI MANUSIA CUMA SEDIKIT DARIPADA RAHSIA KEJADIAN TUHAN. MAKA WAHAI MANUSIA ... ... ...

    MASHAALLAH.

    ReplyDelete
  2. adakah itu kelajuan peristiwa israk dan mikraj. subhanallah

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3