Walaupun penulis amat tidak bersetuju dengan Mat Sabu yang mengiktiraf Pengganas Komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan, tetapi pada pandangan peribadi penulis adalah wajar untuk menjalankan kajian ilmiah yang lebih mendalam akan kaitan Mat Indera dengan kegiatan komunis.
Alasannya mudah, selain menyemarakkan budaya ilmu dan membuka minda rakyaat dengan mengkaji, menyungkil dan mengenal sejarah negara, sebagai seorang yang pernah berjuang di dalam Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) dalam usaha untuk memerdekakan negara daripada penjajah adalah wajar persoalan yang selama ini bermain diminda kita iaitu adakah beliau Pengganas Komunis ataupun Pejuang, dapat dijawab tanpa ragu-ragu.
Apapun hasil kajian tersebut nanti pastinya akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada agama dan bangsa bahkan juga kepada negara dan sejarah tanahair.
Sekiranya beliau nantinya didapati benar-benar bersengkokol dengan komunis ataupun ditipu oleh komunis ianya pasti boleh dijadikan panduan buat kita semua supaya jangan berkawan dengan sebarang anasir jahat dan yang menolak agama. Sebaliknya jika terbukti kemasukkannya ke dalam PKM hanyalah suatu propaganda PKM yang cuba menarik lebih ramai ahli dari kalangan belia Melayu dan beliau sememangnya langsung tidak terlibat dengan peristiwa serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong, kita pastinya akan terlepas daripada "dosa" kerana menuduh seorang pejuang sebagai komunis dan pengkhianat.
Jestru adalah tidak adil selepas lebih 54 tahun negara merdeka, kita cuma bersandarkan kepada satu kajian kajian ilmiah yang dilakukan terhadap sejarah beliau (untuk seorang tokoh Melayu di bumi tumpah darahnya sendiri) yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973. Itupun setakat sebuah tesis peringkat Sarjana Muda dan sebuah buku oleh bekas ahli PKM yang juga rakan Mat Indera dalam PKMM dan API iaitu "Memoir Abdullah CD". Sewajarnya ahli-ahli sejarah negara yang lebih "senior" atau "otai" wajar menunjukkan jalan terutamanya sebelum lebih ramai mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan Mat Indera meninggal dunia.
Jika kes mendiang Teoh Beng Hock yang jasanya baru setahun jagung dalam arena politik negara boleh diberikan liputan meluas, mewujudkan Inkues, malah Siasatan Suruhanjaya Diraja pun ditubuhkan untuk menyiasat kematian beliau, mengapa seorang yang pernah berjuang untuk kemerdekaan negara seperti Mat Indera tidak boleh diberikan peluang kedua yang mungkin boleh membersihkan namanya???
Bukan bermaksud untuk menukar sejarah, tetapi tidak rugi untuk kita mengkaji dan menjadi lebih teliti. Sedangkan media-media di zaman ini terutamanya dari Pakatan banyak berita-berita yang sengaja disensasi dan dijadikan propaganda, inikan pula situasi di tahun-tahun 40an, 50an dan 60an... Pastinya di zaman tersebut sesuatu berita itu amat sukar untuk ditentukan samada betul atau sebaliknya...
MengapA PERLU DILAYAN KELUARGA SI MAT INDERA NI. MEREKA NAK KATA INDERA NI PEJUANG ITU LANTAK MEREKA LA. PAHLAWAN DALAM SATU KUMPULAN ATAU KONGSI GELAP JUGA DINAMAKAN SEBAGAI PEJUANG OLEH KELUARGA DAN PENYOKONG NYA.
ReplyDeleteYANG PATUT DIFAHAM, NEGARA NI BUKAN MAK BAPAK DIORANG SORANG AJE. NEGARA NI ALLAH TA'ALA SAHAJA.
MENTERI BESAR HANYA CERIRA PASAL MAT INDERA BUKAN KELUARGA NYA. KELUARTGA NYA PATUT FAHAM DALAM SATU KELUARGA TAK SEMUANYA BAGUS, TAK SEMUA NYA TAK BAGUS. MAKSUDNYA SIAPA YANG BUAT ONAR DIALAH PENGKHIANAT. DISINI TELAH JELAS, MAT INDERA BERJUANG UNTUK KOMUNIS DAN IANYA SATU PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA DAN BANGSA.