bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Sept 2010

Zaid "DiTolak" Oleh Perwakilan PKR Kerana Dia Bukan Lelaki "Bengkok"?????

Zaid diugut bakal alami nasib Ghafar jika tanding timbalan presiden

Oleh G ManimaranSeptember 06, 2010

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Datuk Zaid Ibrahim, yang minggu lalu mengubah fikiran untuk bertanding pada pemilihan kali ini, mendedahkan beliau kemungkinan akan berhadapan dengan nasib Allahyarham Tun Ghafar Baba yang tidak mendapat pencalonan minimum untuk mempertahankan jawatan nombor dua dalam Umno.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) itu berkata beliau diberi amaran akan berhadapan dengan situasi ‘diaibkan’ dialami Ghafar pada pemilihan 1993 ketika menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

“Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini yang dijangka akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR kali ini.

“Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri.

“Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun Umno tidak sanggup semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu iaitu Anwar Ibrahim (kini Penasihat PKR),” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya di bawah tajuk “Saya akan menerima nasib seperti Pak Ghafar Baba?” hari ini.

Oleh itu bekas menteri Kabinet ini yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu, beliau rela berhadapan dengan nasib yang pernah dialami oleh Ghafar.

Zaid mengeluarkan pandangan ini ketika sekumpulan ahli Parlimen PKR dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk menyatakan pendirian mereka berhubung pemilihan kali ini.

“Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah,” katanya.

Pada Rabu lalu, Zaid menulis dalam blognya bahawa beliau akan bertanding mana-mana jawatan parti jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak turun gelanggang.

Bagaimanapun Zaid tidak menamakan jawatan yang hendak ditanding tetapi difahamkan jawatan nombor dua.
Kata Zaid beliau membuat keputusan itu selepas terus diasak oleh sesetengah pihak dalam PKR.

“Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini.

“Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat,” kata beliau lagi.

Kata Zaid, kesetiaan beliau juga dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR, tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan.

“Mungkin saya ini tidak setia kepada perjuangan parti, atau kepada pemimpin tertinggi parti. Entahlah.

“Mungkin ahli-ahli Parlimen ini akan menjelaskan mengapa saya tidak boleh disokong hari Isnin ini (hari ini) dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali,” kata Zaid lagi.

Zaid juga mendakwa beliau ada mendengar bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga akan diminta berundur daripada jawatan Presiden PKR.

“Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan.

“Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno,” kata Zaid sambil menambah tuduhan terhadap peribadinya juga ditingkatkan.

“Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya.

“Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata.

“Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat,” katanya.

Tegas beliau, itu sebab beliau ingin menawarkan diri untuk bertanding dan kemungkinan ahli-ahli PKR “terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim.”

Zaid berhujah bahawa rakyat tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang dilaungkan ini.

“Saya akan huraikan semasa berkempen nanti,” katanya lagi.


Komen Isac;

Kemana arah Zaid selepas ini? Walaupun banyak pihak yang meramalkan beliau bakal pengganti kepada DSAI, tetapi hakikatnya rata-rata perwakilan PKR menolak beliau???

Mungkin Zaid kurang "handsome" agaknya.... Apalah yang ada pada Azmin yang tidak ada pada Zaid???

Adakah dikalangan orang lama PKR masih tidak "mempercayai" Zaid??? Adakah Zaid sebenarnya adalah "agen Umno" yang menyusup masuk???

Apapun pada pandangan penulis, Zaid adalah "lelaki lurus" tidak "bengkok".

1 comment:

  1. salam ISAC- sekarang ini cerita macam dua buah kapal perang,seorang keptan junior dan seorang lagi senior,bolehkah yang junior cross bow tampa mendapat kebenaran senior ship?. Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3