bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Sept 2010

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad Yang Dipecat Mais - Teo Tidak Memberi "Taskirah"...

8Jawatankuasa surau nafi dakwaan Najib MP Teo sampaikan tazkirah



Foto: YB Teo - Begitu bergaya dengan blazer walaupun hanya memilik sehelai baju kurung.


TERKINI @ 09:25:29 PM 06-09-2010Oleh Clara ChooiSeptember 06, 2010KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pengerusi jawatankuasa
pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan “tazkirah” ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.

Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo (gambar) tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.

“Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.

“Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian,” kata Azemi ketika dihubungi hari ini.

Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.



Komen Isac;

Bagi penulis, alasan bekas pengerusi berkenaan bukanlah persoalan pokok. Banyak laporan yang menulis tentang Teo telah memberikan "taskirah"pun, sebenarnya lebih kepada "sindiran". Ye lah, bagaimana orang Islam memerlukan "tauliah" untuk memberikan taskirah di masjid-masjid dan surau-surau tetapi sebaliknya orang bukan Islam pula, bebas untuk memberikan ucapan dan nasihat kepada para jemaah. Itu persolan pokoknya selain beliau telah memasuki ruangan solat jemaah.

Pada pandangan penulis, majlis fatwa kebangsaan juga sepatutnya menegaskan dalam fatwa mereka, bahawa wanita-wanita bukan Islam yang berada di dalam hadas (haid dan nifas) adalah di larang sama-sekali daripada memasuki bangunan masjid/surau. Secara lojiknya jika wanita-wanita Islam ditegah, mengapa kita sebagai "penjaga" amanah tidak mahu menegah perempuan bukan Islam? Bukankan ianya menjadi suatu tanggung-jawab untuk kita memberitahu kepada yang bukan Islam?

Sebagai contoh di zaman Rasulullah s.a.w. ada sepasang kekasih berketurunan Yahudi telah ditangkap kerana melakukan zina, mereka ini telah dijatuhi hukuman mengikut hukum hudud (sebat 100 rotan) tetapi kaum Yahudi telah membantah. Baginda Rasullullah s.a.w. telah menemplak mereka dan bertanyakan apakah hukuman untuk mereka yang berzina dalam agama (asal) mereka?

Mereka tertunduk membisu kerana balasan zina (walaupun sama-sama bujang) dalam agama mereka adalah lebih berat iaitu hukuman mati, iaitu suatu hukuman yang jauh lebih berat.

Jestru itu bagi penulis mengambil sempena peristiwa di atas, adalah wajar untuk kita menguatkuasakan larangan untuk wanita berhadas daripada memasuki masjid, walaupun buat wanita bukan Islam/kafir kerana kita berkuasa (berupaya untuk menegah ataupun menasihati mereka). Jestru itu ia adalah kewajipan buat kita untuk menegahnya.


Buat ahli jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda tak perlu hendak menegakkan "benang basah". Setiap manusia membuat kesilapan, itu lumrah kehidupan. Kita juga bukan mahu "mencari salah" yang penting kita saling tegur-menegur kerana sememangnya manusia itu saling lengkap-melengkapi. Ambil lah iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini.

Bagi penulis, kesucian rumah-rumah ibadat kita adalah menjadi tanggung-jawab kita bersama. Kita wajib memeliharanya. Begitu jugalah halnya dengan hukum hudud, perlaksanaannya juga sepatutnya lebih meluas dan tidak terhad kepada orang-orang Islam sahaja.


3 comments:

  1. Bebal punya Azemi Ahmad, memang patut di pecat dari Pengerusi jawatankuasa
    pengurusan Surau Al-Huda.Kalau tak faham makna "tazkirah" jangan cuba untuk menegakkan benang yang basah lah bahlul.

    ReplyDelete
  2. Melayu Pasir Gudang dgn penulis sama2 bahlol!
    Kes macam ni hang pa sibuk sgt?
    Kes dpn mata hang pa tak dak crita pon?
    Lenkali nak bercerita pasal agama jgn sparuh jalan, crita biaq habis...pooodah!
    Mana hang tau dia hadas kecil ka hadas besaq?
    Tak dak dlm nas bgtau org bukan Islam tak leh masuk surau....time solat ka tu?
    Lain lah si cina tu tak tutup aurat memang lah tak buleh...
    Politik dgn ugama pon tak tau beza...bak kata org KL...hang pa ni poyo...!
    Nak dapat duit blogging pay per click ka apa ni cheq?

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya..maaf zahir batin

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3