bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Sept 2010

PRK Galas - Demi Perpaduan Melayu, Umno Patut Menarik Diri???

Galas: PAS minta BN tak tanding demi perpaduan Melayu

KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. – Bernama


Komen Isac;

Jika permintaan Datuk Takiyuddin Hassan ini dibuat dengan ikhlas dan ianya adalah pendapat majoriti pemimpin-pemimpin Pas yang "Pro-Perpaduan", penulis percaya ianya adalah suatu yang patut dipertimbangkan.

Walaupun bagaimanapun Datuk Takiyuddin Hassan haruslah mempastikan "ayam-ayam" sabung Pas seperti Khalid Samad, Ahmad Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain agar "tutup mulut" dan "jaga tingkah-laku".

Tidak guna jika Umno sahaja yang beriya-iya disuruh menunjukkan contoh yang baik ke arah perpaduan Melayu dan Islam tetapi dalam masa yang sama Pas gagal bukan sahaja untuk mempastikan anak-anak buahnya menjaga "tingkah-laku", bahkan Mursyidul Am nya juga di lihat mempunyai fikiran yang "bertentangan"...

Apapun jika perkara di atas dapat Datuk Takiyuddin Hassan mengawalnya penulis percaya ianya pasti akan menjadi titik bersejarah kepada perpaduan Melayu/Islam di alaf baru.

Jika mereka yang berketurunan Cina dan India boleh bersatu demi untuk mempertahankan dan mempertingkatkan hak mereka, mengapa orang Melayu/Islam tidak boleh berbuat yang sama demi survival kita?

3 comments:

  1. Sekali lagi, hamPAS memulakan seruan perpaduan Melayu......
    tapi bila disambut oleh UMNO nanti, sekali lagi mereka akan mengatakan UMNO hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!!
    inilah perangai hamPAS. kalau betul-betul inginkan perpaduan Melayu hamPAS perlu menyerahkan semula kawasan tersebut kepada UMNO kerana sebelum ini, kawasan ini adalah kepunyaan UMNO!!!

    ReplyDelete
  2. Kenapa apabila ada PRK Galas ini, baru PAS nak sibuk pasal isu perpaduan?? Bukankah PAS sendiri yg menolak perpaduan bangsa Melayu itu sendiri. Sekiranya UMNO tidak bertanding dalam DUN Galas ini bg menyahut seruan PAS itu, apakah yg boleh PAS lakukan demi menghargai jasa UMNO?? Bolehkah PAS bergabung dgn UMNO utk sama2 berjuang dlm satu barisan demi perpaduan agama, bangsa dan negara??

    ReplyDelete
  3. Politik bro....sepak terajangnya sungguh dahsyat, orang sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat kuasa. Kenyataan Takiyuddin Hassan cuma umpan untuk UMNO dan modal kempen. Kenapa tidak demi perpaduan, PAS serah sahaja kerusi itu pada UMNO tanpa pertandingan....apa pun nanti akan ada pembesar PAS berkata itu hanya cadangan peribadi Takiyuddin bukan keputusan Majlis syura......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3