Sep 17, 10 6:59pm
Datuk Zaid Ibrahim setakat ini mendahului senarai pencalonan untuk pemilihan jawatan timbalan presiden PKR.
Pencalonan itu diterima Zaid daripada empat cabang iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Alor Setar.
Beliau diikuti pencabarnya naib presiden Azmin Ali yang setakat ini menerima pencalonan melalui tiga cabang -- Langkawi, Kubang Pasu dan Rantau Panjang.
Sementara itu, pengarah strategik PKR Tian Chua dan Mustaffa Kamil Ayub pula masing-masing mendahului pencalonan bagi jawatan timbalan presiden di cabang Pokok Sena dan Kuala Kedah.
Semua cabang berkenaan menamakan Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden.
Difahamkam Pengkalan Chepa gagal mengadakan menyuaratnya hari ini atas sebab-sebab yang belum jelas.
Berikut pencalonan untuk kesemua cabang yang bermesyuarat hari ini, kecuali Pengkalan Chepa:
Maklumat lanjut klik sini.
Komen Isac;
Adakah "hubungan" baik Azmin/Anwar akan menjadi penentu kemenangan Azmin? Ataupun ada dikalangan mereka di dalam PKR yang telah muak dengan "cerita" ini dan mahukan orang baru yang dilihat lebih liberal untuk menggantikan Anwar kelak????
Akan berjayakah Zaid menghadapi Azmin? Sejauh mana pengaruh Azmin?? Adakah Anwar akan "menyebelahi" Azmin??? Sama-sama kita tunggu....
Sudah tentu Azmin penyimpan segala rahsia besar anwar akan mencapai kemenangan
ReplyDeleteFirasat aku akar umbi PKR bukan bangang nak ikut telunjuk Anwar mesti dia orang sokong Zahid...last minute bila bila pencalonan zaid banyak berbanding azmin...mereka guna tektik pencalonan zaid dibatalkan dng kesalahan teknik spt money politik
ReplyDelete