80,350 peserta Felcra terima dividen RM107 juta
September 02, 2010
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Felcra Bhd hari ini mengumumkan pemberian dividen berjumlah lebih RM107 juta kepada 80,350 peserta dalam pembayaran interim pertama 2010 pada bulan ini sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata purata agihan bagi seorang peserta adalah sebanyak RM1,902.33 namun terdapat peserta menerima dividen dengan kadar lebih tinggi disebabkan pegangan saham tanah dimiliki lebih luas.
Beliau memberikan contoh peserta Projek Paya Tok Akil di Perlis akan mendapat dividen sebanyak RM14,228.66 seorang manakala peserta Projek Koperasi Sungai Kelayak, Sabah menerima RM11,199.43 seorang.
Bercakap dalam sidang media pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah An-Nasuha Huda di sini hari ini, Mohd Shafie berkata jumlah dividen yang dibayar kali ini adalah berdasarkan pendapatan keseluruhan Felcra berjumlah RM797 juta dan keuntungan hampir RM464 juta bagi tempoh sehingga Ogos tahun ini.
“Jumlah dividen interim pertama 2010 ini meningkat 33.58 peratus berbanding RM71 juta yang dicatatkan pada tahun lepas. Ini berikutan harga komoditi iaitu getah dan kelapa sawit yang stabil dan meningkat, peningkatan produktiviti dan pengurusan dilakukan Felcra berjalan lancar,” katanya.
Pembayaran dividen bagi September adalah berdasarkan keuntungan syarikat sehingga Mei 2010, manakala keuntungan bulan-bulan berikutnya akan dibayar pada Disember sebagai persiapan musim persekolahan 2011. — Bernama
Komen Isac;
Peneroka Felcra walau namanya peneroka, tetapi sebagaimana peneroka Felda, kebanyakkan daripada mereka kini sudah tidak perlu bersusah payah untuk mengusahakan ladang-ladang "mereka" kerana pihak pengurusan ladang-ladang tersebut kebanyakkannya "mengupah" buruh-buruh asing untuk mengusahakannya. Para peneroka akan menerima hasil ladang-ladang mereka setelah ditolak segala kos yang terlibat.
Secara purata seorang peneroka bakal mendapat RM 1,900.00. Maaf, kalau ada yang "terasa" tetapi nilai tersebut jauh lebih tinggi berbanding "bonus raya" yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan baik kerajaan pusat maupun kerjaan negeri!!!
Apa komen Pakatan Rakyaat???
Konsep Felcra sebenarnya bertujuan untuk membantu rakyaat yang miskin. Tanah-tanah diberikan kepada mereka yang layak dengan kos yang minimum dan diusahakan oleh syarikat Felcra. Para "peneroka" pula cuma menunggu hasilnya setelah ditolak kos-kos penyelengaraan. Ianya sebenarnya umpama mendapat "durian runtuh", para pemilik bebas untuk bekerja seperti biasa dan hasil ladang yang diperolehi adalah sebagai "bantuan" kepada mereka daripada kerajaan.
Itu menunjukkan abagaimana kerajaan Pusat membangunkan masyarakat agar berdaya maju. Jika kita lihat kebanyakkan peneroka pada hari ini adalah Bangsa Melayu beragama Islam dan ini perlu dilaksanakan kerana kita semua sedia maklum Bangsa Melayu telah ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi akibat dasar pecah & perintah penjajah
ReplyDeleteBetullah, pemberian bonus, zakat dan duit raya sebenarnya akan membangkrapkan idea puak fuckatan untuk menghentam kerajaan. Fuckatan terutamanya loyar-loyar harbi sebenarnya nak rasa juga habuan duit tersebut buat bayar installment itu ini. Al maklumlah ekonomi sekarang masih belum pulih jd bisness mereka kurang masyuuuuk. 20% lawyer fee tuh, fitnah sana sini spin otak rakyat...glamor dapat, silap-silap boleh jadi calon ADUN, MP atau ahli PBT.
ReplyDelete