September 25, 2010
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Di sebalik pembunuhan kejam yang terbaru, Dewan Pemuda PAS ulangi desakan agar undang-undang jenayah Islam digubal bagi mengatasi masalah sosial serius - perkembangan terbaru yang kemungkinan akan membuka semula kontroversi lama melibatkan komponen pembangkang.
Undang-undang jenayah Islam yang turut dikenali sebagai hudud, yang membolehkan peruntukan memotong dan direjam sehingga mati bagi jenayah-jenayah serius, pernah membawa kepada 'keruntuhan' ikatan pembangkang hampir dua dekad lalu.
Bagaimanapun Pakatan Rakyat (PR) telah menggugurkan soal undang-undang itu dalam Dasar Bersama dicapai Disember lalu. “Sistem perundangan semasa tidak berjaya, jadi perlu ada satu sistem alternatif,” kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pada sidang media hari ini.
Sayap muda PAS mengambil pendirian ini ekoran pembunuhan kejam jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain baru-baru ini.
Mereka dilaporkan dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai di Banting. “Kami telah membuka pintu kami kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakan kami di Pakatan untuk perbincangan.
Komen Isac;
Satu niat yang sangat mulia dan pastinya merupakan kewajiban yang perlu dipikul di bahu setiap umat Islam.
Satu soalan penulis, adakah kita benar-benar telah bersedia untuk menggunakan Hudud? Lebih-lebih lagi dalam kes Sosilawat? Kes ini berat dan sangat rumit. Adakah Hukum hudud yang dikemukakan Pas itu telah 100% lengkap? Janganlah nanti hanya umpama melepaskan batuk di tangga. Jangan nanti disebabkan kebodohan kita penjenayah terlepas begitu sahaja....
Selari dengan kemajuan teknologi forensik dan CSI di dunia dewasa ini penulis berpendapat undang-undang hudud juga perlulah diperhalusi dengan lebih mendalam dan disesuaikan dengan bukti-bukti saintifik.
Pastinya jenayah yang dilakukan di zaman moden juga begitu kompleks dan merupakan jenayah yang amat-amat terancang. Penjenayah-penjenayah ini bukan setakat cuba untuk menghapuskan bukti-bukti malah jika perlu, semua saksi-saksi juga tanpa teragak-agak akan mereka hapuskan waima pihak berkuasa.
Jestru itu empat orang saksi untuk jenayah-jenayah berat pastinya hampir mustahil sama-sekali untuk diperolehi!!!! Oleh itu pastinya para ulamak dengan dibantu oleh mereka yang ahli dalam bidang sains forensik dan CSI ini perlu bergabung fikiran dan tenaga untuk beritihad tentang bolehkah atau tidak dan bagaimana untuk mengambil kira bukti-bukti yang dianalisa oleh pakar-pakar forensik dan CSI sebagai saksi di mahkamah. Adakah ulamak kita mempunyai kepakaran untuk berbuat demikian?
Berikut adalah di antara persoalan-persoalan yang bakal timbul dan di antaranya, adakah bukti-bukti ini akan dibiarkan untuk "bercakap sendiri"? Ataupun adakah pakar-pakar yang menganalisa bukti-bukti ini nanti boleh dikira sebagai ganti kepada empat saksi yang diperlukan syarak? Bagaimana pula jika tidak cukup empat saksi seperti yang telah ditentukan oleh syarak?
Bagaimana jika ada di antara saksi-saksi ini bukan Islam? Bagaimana jika ada di antara saksi-saksi ini bukan seorang Muslim yang Mukmin? Apa yang penulis tahu saksi-saksi untuk kes bunuh perlulah;
1. 4 orang saksi lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal.
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri pembunuhan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).
Tanggung-jawab melaksanakan hukum Islam adalah merupakan fardhu kifayah atas semua umat Islam. Setakat hari ini tiada satupun negara Islam di dunia ini yang menjalankan 100% baik hukuman Hudud, Qisas maupun Ta’zir.
Sejauh mana kesempurnaan hukum hudud yang disediakan oleh Pas wajar mendapat komen dan review daripada ulamak-ulamak Islam seluruh dunia.
3. Berakal.
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri pembunuhan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).
Tanggung-jawab melaksanakan hukum Islam adalah merupakan fardhu kifayah atas semua umat Islam. Setakat hari ini tiada satupun negara Islam di dunia ini yang menjalankan 100% baik hukuman Hudud, Qisas maupun Ta’zir.
Sejauh mana kesempurnaan hukum hudud yang disediakan oleh Pas wajar mendapat komen dan review daripada ulamak-ulamak Islam seluruh dunia.
hahahahhaha.. maaf la aku hanya mampu gelak je!! bila kes liwat dipergunakan dan dibawa ke makamah syariah PAS menyalak untuk bukti2 dan saksi2.. so dalam kes pembunuhan ini agak2 PAS nak komen apa isu saksi dan bukti lak??? setakat cakap kosong dan kasi idea.. budak skolah rendaH pon boleh komen!!!!!!
ReplyDeleteAku rasa nikl najis & PAS pun bukan faham hudud:-
ReplyDeletekrn hukum liwat/rogol mau 4 saksi..mana ada dlm Quran kata begitu..
Nenek yg dulu belajaq agama aku bagi tau:-
*4 saksi yg suci dari dosa besar diperlukan untuk hukum pelaku zina..supaya amalan itu tidak membiak..jika ada 3 saksi + 1 saksi mmg berdosa arak, tiada hukum sebat dikenakan..krn pelaku masih ada perasaan malu..hukuman denda atau yg lain boleh dikenakan,
-kalau kes bapak rogol anak, perompak meliwat bini orang tanpa 4 saksi boleh didakwa secara sivil..
-merejam juga tidak terdapat dlm Quran, (cuba cari dimana)..ianya hanya pendapat ulama tertentu yg berdasarkan hadith2 & dakwaan pihak ke3.. tetapi diterima pakai di suatu ketika & suatu masa.
Salam Pasact & msz. Terimakasih atas komen2 anda.
ReplyDeleteBuat msz,
”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)
Sila ke laman2 berikut untuk rujukkan;
1)http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/liwat.htm
2)http://www.scribd.com/doc/8281356/Hudud
Sorry Pacat, dah malam2 sambil tengok bola Arsenal kena titik... Dah silap taip pulak....Mintak maaf sekali lagi...
ReplyDeleteBagi aku yang penting penjenayah kejam tu jangan terlepas.Undang-undang sivil yang ada dah mencukupi,penting sekali buktikan kesalahan mereka tu...jangan sampai rakyat kecewa penjenayah terlepas disebabkan kesilapan teknikal...
ReplyDeleteberani pulak pemuda pas cakap hudud, nanti kena tegur dengan TundaCat menyorok macam kura-kura.
ReplyDeleteAuta dari puak pas, kata tak nak hudud lepas tu nak, tak nak, nak, tak nak macam biskut chipmore lak.