bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Sept 2010

"Rahsia" Anwar - Kunci Kejayaan Buat Azmin???

Aminah: Azmin ada 'kunci' rahsia Anwar

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali didakwa mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia utama ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Aminah bagaimanapun enggan mendedahkan apa yang dimaksudkan dengan rahsia utama itu kerana yakin ia merupakan sesuatu yang sedia diketahui oleh pihak-pihak berkenaan.

Kini katanya, menjadi kewajipan kepada mereka itu untuk menjelaskannya kepada rakyat.

"Bagi saya memang tidak menghairankan mengapa Anwar dan Wan Azizah tidak dapat memberi penjelasan apabila ditanya mengapa Azmin diberi layanan istimewa dan apa yang Azmin mahu dia akan dapat.

"Ini berlaku kerana Azmin pegang semua rahsia Anwar. Rahsia ini yang memberi kuasa besar pada Azmin ke atas Anwar dan Wan Azizah. Saya yakin satu hari nanti rahsia ini akan terbongkar jua," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Aminah mengulas gesaan bekas rakan baik Penasihat PKR tersebut, Datuk S. Nallakarupan yang mencabar Anwar memberikan penjelasan berhubung kedudukan terlalu istimewa yang dinikmati oleh Azmin selama ini.
Azmin selaku Naib Presiden PKR baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan lantikan itu membuktikan kedudukan istimewa Azmin kepada Anwar.

Bagaimanapun sehingga kini cabaran oleh Nallakarupan itu langsung tidak dijawab oleh pasangan suami isteri tersebut.

Selain Nallakarupan, bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak turut meminta pasangan itu menjelaskan perkara sama tetapi langsung tidak diendahkan oleh mereka berdua.

Tegas Saidatul Badru, Wan Azizah amat perlu membersihkan dirinya daripada terus digelar sebagai 'presiden boneka'.

Sementara itu, Aminah berkata, beliau amat berharap agar Anwar, Wan Azizah dan Azmin menghayati matlamat dan hala tuju parti yang diasaskan oleh pejuang reformasi tulen sebelum ini tetapi secara tidak amanah telah dipesongkan oleh mereka.

Jelas beliau, itu antara sebab utama mengapa ramai ahli termasuk di kalangan pimpinan PKR bertindak keluar parti.

Katanya, ini kerana mereka ini yang mempunyai maruah dan prinsip perjuangan, tidak lagi sanggup diperkotak-katikkan oleh kepimpinan mempunyai agenda peribadi.


Komen Isac;

Ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sekiranya kita teliti, seorang demi seorang mereka yang rapat dan yang   bermati-matian mempertahankan Anwar pada sekitar 1998, kini seorang demi seorang telahpun meninggalkan beliau...

Yang pasti ada sesuatu yang "tidak kena" tentang Anwar, jika tidak masakan mereka ini meninggalkan beliau. Semoga para pembaca dapat melihat perkara yang tersirat sebelum segala-galanya terlambat!!!

2 comments:

  1. Malas ah nak bagi perhatian pada AnuWar tuuu .....

    ReplyDelete
  2. Isac, apa nak heran, segala kekayaan yang diperolehi Azmin datang dari peti besi Anwar, tak kiralah halal atau haram........

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3