bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Sept 2010

Jika Tidak Dicegah, Bencana Besar Bakal Melanda Kelantan!!! Rakyaat Kelantan Berkemungkinan Pupus???


KUALA LUMPUR 27 Sept. – Masalah bekalan air bersih di Kelantan yang semakin buruk khususnya di musim perayaan baru-baru ini membuktikan selama ini kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan masalah tersebut biarpun diberi peluang selama 20 tahun mentadbir negeri itu.

Masalah ini bukan masalah baru malah masalah berkenaan dapat diselesaikan sekiranya kepimpinan negeri memberi tumpuan kepada masalah rakyat kerana air adalah keperluan utama penduduk.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Mohd Rosdi Ab Aziz berkata, masalah air Kelantan ini sudah terlalu lama, malah ia lebih buruk lagi ketika musim perayaan, memandangkan anak-anak Kelantan akan balik beraya di kampung halaman sendiri.

“Masalah air di negeri Kelantan ini sudah berlanjutan sejak sekian lama. Tapi sebenarnya, dalam masa yang sama Kementerian Persekutuan telah pun menyediakan dan memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri sebanyak RM 600 juta dalam usaha menaik taraf bekalan di negeri Kelantan kepada rakyat Kelantan.

Tetapi apapun, tugas membekal air bersih kepada rakyat Kelantan ini tetap menjadi tanggungjawab kepada kerajaan negeri. Kita tengok akhir-akhir ini, betapa masalah bekalan air kepada rakyat Kelantan ini begitu serius sekali. Dari segi masalah kekurangan air, yang keduanya air yang tidak bersih,” ujarnya yang ditemui UMNO-online.

Sehubungan dengan itu, Rosdi berharap kerajaan negeri tidak lepas tangan dalam hal ini, malah kerajaan negeri sepatutnya mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih serius, dengan menyediakan peruntukan dan tindakan-tindakan segera.

“Saya dapati, bukan sahaja membekalkan bekalan air bersih, mencari punca-punca baru bekalan air bersih dengan lebih segera. Sekarang ini, kerajaan negeri untuk membaiki paip-paip yang bocor atau menukar paip-paip yang lama, bekalan dari ke rumah ke rumah pun kerajaan negeri tidak member perhatian yang serius kerana sekiranya dibelanjakan peruntukan yang besar bagi menyediakan paip-paip yang baru ataupun membaiki paip-paip yang bocor dengan segera, ianya sekali lagi melibatkan kos yang agak tinggi yang memperlihatkan kesan kepada kewangan serta gambaran untung rugi kepada Syarikat Bekalan Air Kelantan.

Sukar untuk kerajaan negeri untuk membelanjakan duit atau peruntukan kepada perkara-perkara yang tidak memberikan hasil yang segera, pulangan segera kepada mereka yang memberikan keuntungan kepada syarikat kerajaan negeri atau kerajaan negeri itu sendiri,” tambahnya.

Dalam erti kata lain, sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak membantu kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan bekalan air, Rosdi yakin kerajaan negeri tidak mampu untuk memberi bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, satu kajian telah dibuat oleh sebuah universiti, sekarang ini cabaran besar pula kepada rakyat Kelantan ialah masalah air bersih kerana bekalan air bawah tanah hari ini menghadapi tahap keracunan yang agak tinggi.

“Sedangkan sebahagian besar dari negeri Kelantan punca air utama masih lagi punca air bawah tanah. Termasuk Syarikat Air Kelantan sendiri, sebahagian dari punca air ialah punca air bawah tanah, bukannya punca air dari sungai.

Tahap keracunan tinggi ini kerana di negeri Kelantan, kerajaan negeri Kelantan sendiri gagal menyediakan konsep pembentongan atau proses membersih air buangan dari rumah , kebanyakannya disalirkan terus kepada saliran ataupun sepatutnya kawasan perumahan, kerajaan mesti menyediakan kawasan pembentongan atau pembersihan daripada air yang telah diproses bersih itu baru boleh disalurkan kepada saliran, kepada parit dan sistem saliran yang lain,” ulasnya lagi.

Namun apa yang berlaku hari ini, air yang digunakan untuk di rumah-rumah tidak kiralah untuk membasuh termasuk air dari tangki najis sendiri pun, air limpahan  disalirkan terus ke sistem saliran, menyebabkan tahap air tersebut, keracunan air itu diserap masuk ke dalam bumi.
“Tugas membekal air bersih kepada rakyat Kelantan ini tetap menjadi tanggungjawab kepada kerajaan negeri. Kita tengok akhir-akhir ini, betapa masalah bekalan air kepada rakyat Kelantan ini begitu serius sekali. Dari segi masalah kekurangan air, yang keduanya air yang tidak bersih,”
Apabila diserap ke dalam bumi, maka air di bawah bumi itu sendiri mempunyai air yang tidak bersih dan mempunyai tahap keracunan yang agak tinggi.

“Dalam sistem  bekalan air di negeri Kelantan khususnya, sistem rawatan air hanya  berlaku untuk membunuh kuman-kuman atau bakteria sahaja, dengan sistem klorin. Tidak ada rawatan untuk meneutralkan tahap keracunan. Maknanya, air yang dibekalkan ke rumah-rumah sekiranya air Kelantan diperolehi di bawah tanah ianya perlu disemak kerana tahap keracunannya tinggi.

Oleh itu, besarlah harapan agar kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah ini segera. Bukan sahaja dari segi air bersih dan punca air bersih, malah masalah keracunan air bawah tanah ini. Kita lihat sahaja sambutan Aidilfitri baru-baru ini, masalah air semakin meruncing malah ada yang terpaksa bangun seawal jam 2 pagi, baru ada sumber air untuk memenuhkan tangki untuk digunakan,” ujarnya lagi.


Komen Isac

Dengan sumber air bawah tanah yang semakin tercemar, bencana besar bakal menimpa rakyaat Kelantan sekiranya tiada langkah-langkah yang tegas diambil untuk menaik-taraf dan menyelenggara air kumbahan, sisa kumbahan dan sistem pembentung dengan baik agar ianya tidak tambah mencemarkan sumber bekalan air di Kelantan.

Ini adalah kerana dengan kegalan Syarikat Air Kelantan untuk membekalkan air yang mencukupi, rakyaat Kelantan telah semakin ramai yang menggunakan sumber air bawah tanah sebagai sumber alternatif. Bayangkan apa akan berlaku sekiranya sumber air bawah tanah ini dicemari oleh air kumbahan, sisa kumbahan dan sistem pembentungan tidak teratur.

Mungkin satu Kelantan akan keracunan, diserang wabak cerit-berit, taun, hepetitis A, B & C dan lain-lain wabak yang disebabkan oleh air dan kekotoran lain!!! 

Apa pun fahaman politik, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan bencana ini menjadi kenyataan!!!

Tajuk tu agak mengerikan, harapan penulis ianya dapat membuka mata semua pihak...

4 comments:

  1. mana nik ajis tahu pasal ni semua!!!! dia wali...apa kelas nik ajis nak ambil tahu bab masalah rakyat semua ni..sebagai seorang wali merangkap pemeggang kunci surga, bab air boleh settle dgn berdoa je....gerenti hujan turun...

    ReplyDelete
  2. Bila hati sudah suka semua indah belaka....masih ingat lagu ini? lagu serupa lah untuk juak juak pas.nak buat cam no...dah ada perjanjian Baiaah.

    ReplyDelete
  3. inilah akibatnya kalau orang asyik berpolitik dan mencari salah orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawap.

    ReplyDelete
  4. Saya telah pun layari blog RBF dan tinggalkan secebis catatan disana dan kemudian ke blog tuan. Apa yang saya alami sememangnya benar. Raya lepas saya ke KB rumah mertua saya di Kg.Lundang dan ternyata kadang-kadang air paip tak keluar langsung kalau ada pun kena tunggu malam baru air sampai...bercampur dengan warna karat. Tak tahulah ini yang berlaku dihari raya pertama dan apa yang seterusnya setiap minggu yang saya ke sana rasanya air tak pun berubah banyak ...saya tak mahu komen banyak nanti dikatakan tak bersyukur pula....wallahualam saya tunggu komen orang-orang KB tentang Air Kelantan di KB....agaknya mereka tak kesah kok

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3