'Kami buat yang terbaik tangani masalah'
Joseph Sipalan
Sep 27, 10
12:19pm
Sep 27, 10
12:19pm
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mengakui berlakunya beberapa kes 'tidak tertib' dalam proses pemilihan, sehingga terganggunya prosiding di beberapa cabang hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, tegasnya, mesyuarat agung (AGM) dan proses pemilihan di majoriti cabang PKR, berjalan lancar.
Katanya, keputusan di 159 daripada 166 cabang yang selesai bermesyuarat sejak 17 September adalah mengikut peraturan walaupun berdepan dengan isu-isu seperti tidak cukup kotak undi.
Saifuddin mengesahkan AGM dan proses pemilihan di sekurang-kurangnya tujuh cabang terpaksa ditangguhkan kerana pelbagai isu, termasuk dakwaan perbuatan merosakkan kotak undi oleh orang luar.
Katanya, pihak parti telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto yang terlibat, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.
Perkara itu, tambahnya, mendorong kepimpinan parti mempercayai kemungkinan ada anasir yang mahu mensabotaj bagi mencemarkan imej PKR.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Saifuddin berkata, "modus operandi" mereka ialah memecah membuka kotak-kotak undi, menabur kertas undi dan beredar.
Komen Isac;
Proses Pemilihan Cabang PKR Kecoh - "Umno" Pula Dipersalahkan??? DSAI kata "Trojan Horse" Umno???
Biasalah puak-puak ni... Kalau mereka memang tak betulpun, mana nak mengaku!!! Semuanya salah orang lain... Orang lain ni semuanya pendengki... Macam orang lain ni tak ada kerja lain, asyik nak mendajjal dia orang aje...
Tapi yang jelas sebenarnya, lambang parti sendiri pun dah lambang mata "dajjal".... Itu korang fikir sendirilah...Nak percaya ke tidak....Hidup-hidup kena jual...
kalau terpijak taik kucing pun dia marah kucing berak merata .. padahal mata dia tak tenguk jalan
ReplyDeleteDia ada satu mata aje bro...Sebab tu kurang jelas pandangan nya...
ReplyDeletehaha... betul. tepat sekali, memang mata satu tak nampak salah silap sendiri
ReplyDeleteKucing yang berak merata tu mesti dituduh sebagai kucing UMNO..
ReplyDeleteyang korang pegi kacau mesyuarat orang tu pehal?
ReplyDeletepssst pssst pssst.... camne korang boleh masuk mesyuarat dia orang? yang mata satu tu sorang je. yang lain tu buta terus ke sampai orang luar boleh masuk mesyuarat? hehehehe
Selamat Hari Raya
Bingai @ Bangang
Kalau nak sedap kene bagi penyedap!
Biasa la... Dah memang perangai munafik,memang macam tu laa...
ReplyDeleteperumpamaan Arab berbunyi"seperti kaldai membawa kitab,tapi tak tahu apa isinya".Inilah manusia yang suka menyalahkan orang lain atau menunding jari kearah lain,pada hal mereka tak tahu apa yang mereka buat/cakap.harapan saya eloklah muka mereka dicuci dengan air sungai segek.mungkin minda akan terbuka.
ReplyDelete