bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Sept 2010

Gempar !!! Banjir di Pulau Pinang, Bangunan Komtar Ditenggelami Air Hingga ke Aras 27???

Operasi terhenti, 22 lif Komtar masuk air

Sep 6, 10 4:16pm
http://www.malaysiakini.com/news/142074
Kesemua 22 lif di bahagian pentadbiran, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) berhenti beroperasi awal pagi ini kerana dimasuki air akibat limpahan dari tangki air di tingkat 27 bangunan itu.

Bagaimanapun, tujuh daripada lif berkenaan beroperasi semula pada 8 pagi ini manakala 15 lif lagi masih menjalani kerja pemulihan dan dijadual beroperasi semula seperti biasa esok.

Pengurus Besar Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sistem elektrikal tangki air di tingkat 27 yang gagal berfungsi dan menyebabkan air melimpah yang telah memasuki ruang angkutan lif.

Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan dan juruteknik PDC Setia Urus, pada kira-kira 4 pagi tadi dan telah ditangani dengan menghentikan limpahan air dan kawalan ke atas limpahan tersebut, katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

"Sejak 8 pagi tadi, tujuh buah lif berjaya beroperasi namun kerja-kerja pemulihan operasi lif masih dijalankan untuk memulihkan operasi 15 lif lagi," katanya.

Rosli berkata beliau yakin kesemua 22 buah lif di Komtar akan mampu berfungsi seperti biasa esok.

Kejadian tersebut telah menyebabkan ratusan pekerja di bangunan Komtar bersesakan untuk merebut lif untuk ke pejabat.


Komen Isac;

Kalau ianya berlaku kepada Umno/BN pastinya PR akan "mengata" macam-macam... Tak hujan, tak banjir...Tapi lif-lif di tingkat 27 "ditenggelami" air....

Ini kesilapan siapa pulak? Tiada pemeriksaan "rutine check" untuk bangunan tertinggi di Malaysia (suatu masa dahulu) ke?

Asyik nak kritik kerajaan persekutuan sahaja... tapi sendiripun dua kali lima ke??? Apa pulak alasan Lim Guan Eng???

7 comments:

  1. Assalammualaikum W.B.T
    Kepada semua pembaca blog Empayar Malaya, blog tersebut telah menjadi mangsa pengkhianat cyber dan disyaki pendokong Pakatan Rakyat dan juga seantero dengan blog Perisik Rakyat.
    Walaubagaimanapun, Taming Sari tetap berusaha menulis semula dan membawa wajah baru dalam penulisan Taming Sari demi mendedahkan kepincangan di dalam Pakatan Rakyat dan membawa revolusi perdana bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan di dalam mempertahankan yang hak dan menghapuskan yang batil.
    Sama-samalah tambahkan blog ini diruangan blog sahabat sekalian dan berikan sokongan padu kepada Taming Sari.
    Wallahhualam.
    -Taming Sari-

    p/s : Komtar banyak mengajar orang Melayu.. bahawa akan tergadainya hak-haknya nanti... nama komtar pun mungkin ditukar ke Kompleks Guan Eng... tengokle.

    ReplyDelete
  2. INi SDO tak buat kerja lah ni.Kasihan kapilah LGE berjaga malam tadarus

    ReplyDelete
  3. Bala sikit sikit datang menimpa...LGE harus bertaubat...

    ReplyDelete
  4. Ini pakatan akan ckp.. banggunan nie UMNO/BN yang buat... so depa la yang salah...

    bodoh punya pakatan...

    ReplyDelete
  5. Balasan sebab perkotak katikkan Islam di Penang..

    ReplyDelete
  6. la ingatkan banjir sebab banyak sangat "kencing" dari tingkat atas. Biawak tu banyak kencing sekarang. Mungkin itu pun sebab air banyak turun

    ReplyDelete
  7. kalau kena kat umno..mesti diorg dh ckp ni bala Allah

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3