bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Sept 2010

Demonstrasi "Bendera" Indonesia - Upin & Ipin Akan Menjadi "Orang Tengah"???

Polis Halang Bendera Daripada Cubaan "Sweeping" Warga Malaysia
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/3/mstar_berita/20100903221254&sec=mstar_berita
Jumaat September 3, 2010

JAKARTA: Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), yang berdemonstrasi di sini, Jumaat turut memaparkan sepanduk dengan anti-Malaysia yang turut memaparkan watak kartun Malaysia, Upin dan Ipin.

Kumpulan demonstrasi itu telahpun membawa sepanduk berbunyi "Diplomasi No, Perang Yes" serta peringatan pada pengguna jalan "Maaf perjalanan anda terganggu, ada sweeping warga Malaysia".

Gerakan usir atau sweeping rakyat Malaysia dibuat di hadapan bangunan pejabatnya, di Jalan Diponegoro No 58 Jakarta namun ia dihalang oleh pasukan Polis Indonesia.

Kira-kira 20 anggota Bendera cuba menahan beberapa kereta yang melalui jalan itu untuk memeriksa identiti pemandu dan penumpang pada pukul 4.30 petang, menjadikan lalu lintas di jalan itu sesak.

Tetapi belum sempat mereka menjalankan pemeriksaan, pasukan polis terus menghalang mereka dan membentuk barisan untuk memisahkan mereka dengan kereta.


Komen Isac;

Syabas buat pihak berkuasa Indonesia kerana dapat mengawal keadaan dengan agak baik... Tetapi memandangkan golongan yang membantah ini pun bukanlah ramai sangat, apa kata kalau sumbat aje mereka ni semua ke dalam lokap???

Kalu tidak pun ajak aje mereka ni semua menonton filem maupun siri animasi Upin & Ipin...

4 comments:

  1. Orang kata pertahanan yang baik adalah menyerang.Jadi sebaik-baiknya pihak kerajaan Malaysia juga perlu menyerang dalam mempertahankan maruah kita yang telah di pijak-pijak oleh kumpulan BENDERA ini.Kalau benar pemerintah Indonesia ikhlas menangani hal ini, penangkapan perlu dilakukan bukan dengan penghalangan saja kerana tidak mungkin pihak polis sana dapat berkawal setiap masa dan di setiap tempat untuk menghalang mereka dari melakukan hal-hal yang tidak diingini terhadap rakyat Malaysia.Menyerang bukan berarti berperang kerana hanya orang bodoh saja suka berperang.Seharusnya kita boleh menghentikan kemasukan pekerja Indonesia kemari terutama dari sektor perkilangan kerana mudah mendapat ganti dari negara lain seperti Vienam, Bangladesh dan banyak lagi serta memulangkan pekerja-pekerja mereka yang sudah habis tempoh visanya.Dengan itu pekerja-pekerja yang selama ini hidup mewah disini akan merasa tertekan dan mereka ini yang akan membuat perhitungan disana.Jangan menjadi terlalu baik sehinggakan maruah kita di pijak orang.Tunjukkan kepada mereka kita sebenarnya saling bergantung sesama sendiri dan perlu hormat-menghormati tetapi sekiranya ada yang tak jujur didalam persahabatan ini, satu pihak lagi akan melakukan tindakan yang merugikan ke pihak yang satu lagi.MALAYSIA ADALAH NEGARA BERDAULAT.MARUAH NEGARA ADALAH MARUAH BANGSA.PEMIMPIN DIPILIH UNTUK MENJAGA MARUAH BANGSA DAN NEGARA. -ASP-Z-

    ReplyDelete
  2. jangan dilayan bendera sakai tu..

    ReplyDelete
  3. ISAC,
    Sumbat dalam lokap? hehehe... nak bagi makan apa? Cadangkan pada Indon anta je mereka ke Palestin tu untuk berjihad atau bukat kerja-kerja menyelamat kat situ lagi ada pekdah. Aku rasa Tun M takda masaalah nak sponsor melalui NGO dia.

    Aku Yang Bingai
    UMNO + PAS - Masih adakah lagi jalan pulang?

    ReplyDelete
  4. http://arifomar.blogspot.com/2010/09/tunjuk-perasaan-bendera-anifah-aman.html

    Salam dan selamat hari raya maaf zahir n batin kepada pembaca beragama islam,

    diperairan mana mungkin jelas siapa di wilayah siapa kerana bukannya ada cat putih double line seperti dijalanraya. Itupun dengan ada cat putih doubleline dijalan raya, rata-rata ramai yang makan jalan dan tak kurang yang korner baring dan ada yang bertembung.
    Perumpamaannya samalah di perbatasan perairan apatahlagi tiadanya cat putih double line. Bertolak ansur adalah jalan terbaik kecuali jelas siapa diperairan siapa. Mereka-meraka yang ditahan pun sudah dilepaskan dan boleh berhari raya.
    Pasal bakar bendera Malaysia tu, pihak berkuasa Indonesia pun telah berusaha menjaga keselamatan Kedutaan dan rakyat Malaysia disana selamat, cuma segelintir (Bendera) yang mengikut perasaaan atau perasan bahawa Malaysia telah menganiayai rakan senegara mereka sedangkan mereka ditahan/tangkap atas kesalahan antara lainnya menyalahi undang-undang immigresen negara. Bagaimana nak fahamkan yang tak faham? Saya berpendapat bahawa Presiden Repubik Indonesia dan PM Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang baik dan mesra.
    Kaedah pengampunan kepada pendatang asing bila hari raya menjelang dan pendaftaran pendatang asing yang sedia ada dinegara yang diamalkan sebelum dihantar pulang kenegara mereka adalah langkah terbaik dan harus diteruskan. Kosnya sedikit kerana kapal perang Indonesia datang mengambil warga indonesia pulang, tiada yang mati lemas diperairan hanya kerana nak seludup balik keluar negara dan mafia-mafia pun tidak dapat apa-apa habuan dan tidak terus bermaharajalela (takde business). Apa salahnya kita beralah kepada kemudaratan kecil bagi mengelak kemudaratan yang besar. Mafia- mafia dan penyeluduplah yang perlu diambil tindakan tegas.
    Penggunaan dan pendaftaran pendatang tanpa izin yang sedia ada diMalaysia bagi memenuhi permintaan buruh negara juga harus di pertingkatkan. Sememangnya buruh asing perlu, persoalannya berapa ramai dan bagi sektor apa! Mereka sekadar datang nak cari makan - itu saja.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    9 September 2010 21:07

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3