bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Sept 2010

Sampai Bila Rakyaat Kelantan Perlu Minum Air Karat & Dicatu Bekalan Air???


KEPULANGAN anak Kelantan diperantauan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini menyaksikan bandar Kota Bharu mula sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Kesesakan itu turut menjejaskan operasi harian orang ramai yang ingin membeli-belah bagi membuat persiapan menjelang hari-hari terakhir Ramadan. Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk ialah Jalan Sultan Yahya Petra terutama di kawasan berhampiran kompleks membeli-belah KB



Komen Isac;

Itu kesesakkan di jalanraya-jalanraya di negeri Kelantan... Masalah bekalan air bersih juga pastinya akan menjadi semakin parah bila semua anak-anak negeri di perantuan pulang ke kampung halaman. Itulah juga yang penulis akan alami bila pulang beraya nanti...


Menurut anggaran Kelantan memerlukan sehingga lebih RM setengah billion untuk menyelesaikan masalah bekalan air.

Kerajaan negeri perlu lebih proaktif... Negeri Kelantan sememangnya kaya dengan sumber air bawah tanah, jika kos menaik taraf loji-loji  rawatan air, penggantian jaringan paip sediada dan membina loji-loji rawatan air baru adalah terlalu tinggi mungkin ada baiknya sumber air bumi ini dieksploitasikan sepenuhnya sebagai sumber alternatif.

Mungkin jika kena caranya, Kerajaan Pusat juga boleh menghulurkan bantuan untuk mengatasi masalah ini.

6 comments:

  1. Selagi perjanjian syaitan Baiaah tidak terbatal.

    ReplyDelete
  2. Duk kerajaan pusat jer bantu... kerajaan negeri buat ape... baik tak payah bro... dulu bagi bantuan tak nampak pun hasilnya... mintak maaf la bro... ini bukan politik... tapi kalau bagi pun hasil yer tetap sama buat ape.. membazir... banyak lagi tempat lain nk pakai dana...

    ReplyDelete
  3. Orang kelantan akan terus menikmati air karat @ "teh tarik" serta catuan air selagi orang tua berkarat Nik Ajis memerintah...bagi org kelantan khususnya di Kelantan air berkarat merupakan satu rahmat kerana tak perlu tunggu di kedai mamak atau warung untuk membeli "teh tarik". Rakyat kelantan yg berhijrah terutama anak muda yg baru nak kenal dunia turun ke kuala lumpur, penang atau johor bagaikan memdapat satu kejutan budaya @ culture shock...apa pun kita tak boleh nak buat apa apa kerana budaya org kelantan 9tak semua) sudah mcm otak nik ajis...

    ReplyDelete
  4. Air kat rumah kawe ok je xde masalah - sekali sekala xde tu biasalah. Dah musim raya biasalah orang ramai, baca paper tak hari ni, negeri 9 pun sama jg, terpaksa contigensi plan menghadapi kekurangan bekalan. Hah! tu negori bawah UMNO/BN isac! Klu dh mengaku rakyat Klate jgnlah dok merendah2kan negeri sendiri, klu tak suka tak payah balik!! Dh 20 thn xde pon badan rakyat Klate bertukar merah dek krn bekalan air.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Pusat dah bagi la, RM600 juta lagi untuk projek naiktaraf sistem bekalan air Kelantan.

    Tapi, kemana duit tu digunakan?

    Menantu pow ka?

    ReplyDelete
  6. Anom 13:48,

    Alhamdulillah setakat ni laporan audit Kelantan masih ok takde lah kes beli skru driver je dh beratus2. Kes menantu TGNA pun SPRM blm lg dakwa, dh xde kes kut biasanya klu terlibat dgn pembangkang ni cepat je dia org bertindak so jgnlah dok serkap jarang di bln posa ni. Kita berhujah biarlah berfakta bukanya berauta.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3