bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Sept 2010

Larangan Memasuki Masjid di Selangor - Teo Nie Ching Bakal Berhijrah ke Kelantan???

Mais: MP Serdang Teo dilarang masuki ruang solat masjid
Oleh Syed Mu’az Syed Putra September 02, 2010

http://m.themalaysianinsider.com/home.php



Teo berkata akan mengambil peringatan amaran yang dikeluarkan oleh Mais. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata telah menerima surat amaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais), yang meminta beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Dalam surat amaran itu Mais menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor.

Teo berkata surat amaran yang diterima melalui faks menjelaskan sekiranya mahu memasuki ruang solat beliau perlu mendapatkan kebenaran Mais terlebih dahulu.

“Ya, saya sudah terima surat amaran itu pada pukul 1.30 tengah hari (semalam).

“Dalam surat itu mengatakan bahawa saya dilarang memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tanpa kebenaran Mais terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen DAP itu berkata beliau akan mengambil peringatan daripada surat tersebut dan akan merujuk kepada Mais terlebih dahulu sebelum ke masjid dan surau.

“Sudah tentu saya akan ambil peringatan, ini adalah titah Sultan Selangor.

“Apa lagi yang saya boleh buat?

“Saya kena patuh kepada titah Sultan Selangor kerana dalam surat itu Mais kata ia adalah titah daripada Sultan Selangor,” katanya lagi.


Komen Isac;

Mungkin dalam PRU 13 nanti beliau baik bertanding sahaja di Kelantan. Selepas itu lebih mudah untuk beliau keluar masuk, surau, masjid dan madrasah di sana.... TG Nik Aziz pun tak kisah....

4 comments:

  1. silap2 nik aziz ni kut ulama su'

    ReplyDelete
  2. toksah panggil ulama la tak capai taraf pun

    ReplyDelete
  3. molek benorlah tu,puteh kaki naik tanggo ramai hambo akan setuju dengan cadangan mu tu.

    ReplyDelete
  4. Dicadangkan supaya si teo bersama dengan Eli simodel porno PKR duduk sebelah menyebelah dengan Tok ajis dalam kuliah mingguan..mesti ramai punya pak lobai bangang PAS akan hadir..sebab nik ajis sendiri telah menyatakan orang kapir dibolehkan memasuki dewan solat orang islam untuk bagi ceramah...aku rasa dengan kehadiran dua betina kapir ni tok ajis akan bertambah segar..tongkat yang kat tangan pun dah boleh dibuang kut...

    So ....adalah lebih baik puak sikapir beramai-ramai datang kekelantan untuk membuat takzirah sebab kat negeri lain tak dibenarkan ataupun kena minta kebenaran majlis agama negeri dahulu...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3