Mahathir: Agama Islam, umat Islam jadi mangsa PAS
September 07, 2010
KUALA LUMPUR, 7 Sept – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.
Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.
Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.
“Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.
“Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam Al-Quran,” katanya dalam wawancara khas bersama Umno-Online yang dipetik laman portal itu di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.
Mengulas mengenai tindakan khatib yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat baru-baru ini, beliau berkata perkara itu telah menimbulkan pelbagai polemic politik tempatan.
“Kalau kita tidak sebut nama Agong, tetapi sebut nama Ketua Menteri bukan Islam mereka kata tidak menjadi kesalahan kerana ia usaha untuk menarik mereka kepada Islam dan inilah kebaikan Islam,” katanya.
Mengenai isu Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang memasuki ruang utama solat Surau Al-Huda, Kajang dan menyampaikan tazkirah, beliau berkata perkara itu dianggap tidak menjadi kesalahan kepada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Dr Mahathir berkata Pas menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam dan mereka sebenarnya bukan pejuang Islam sebenar seperti yang digembar-gemburkan.
“Jika Islam itu menjadi halangan untuk mendapat sokongan orang bukan Islam, mereka sanggup cari jalan supaya Islam itu dikebelakangkan sikit, contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan, begitu juga dengan negara Islam, ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam.
“Itu memang naluri PAS, PAS guna Islam untuk memancing undi, dari dulu memang macam tu,” katanya.
Beliau berkata perkembangan yang berlaku kebelakangan ini dalam PAS membuktikan ia adalah semata-mata untuk kelangsungan hidup politik parti itu supaya dapat terus berada dalam pakatan pembangkang demi mencapai cita-cita untuk menumpaskan Umno sebagai tonggak pemerintahan negara. – Bernama
Komen Isac;
Dahulu gara-gara percayakan DSAI Tun Mahathir disembahyang hajat kan.....Apa lagi selepas ni?
nama pun pas. last-last perut sendiri kembung dek kerana rasuah. makan tuan....
ReplyDeleteshah muar