bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Nov 2009

Ulamak Pondok Vs Ulamak Pas - Demi Penyatuan Umat, Ulamak Pondok Perlu Bersuara!!!!!

Dipetik dari Sinarharian.com
Nik Aziz perlu bertanggungjawab semarakkan perpecahan
NOMIE RAITINI RAHMAN


TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya. Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.



Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu. “Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam.


Berita selanjutnya dapatkan Sinar Harian esok (21/11/09)



Komen rakan blogger (Depa Kata);



Keras betul komen pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah dalam Sinar Harian terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.Kata Abdullah, Nik Aziz bertanggungjawab terhadap perpecahan yang bersemarak di kalangan umat Islam.Bagi Abdullah, antara punca perpecahan itu ialah kenyataan-kenyataan Nik Aziz mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politik.Kita tengoklah apa Nik Aziz nak jawab. Yang sah, esok, lusa, tulat, teruk la pengasas sekolah pondok tu kena balun dengan ‘peminat-peminat’ Nik Aziz.



Komen Isac;

Tujuan penulis memuatkan posting ini bukannya mahu "melebel" Tok Guru Nik Aziz sebagai terpesong atau sesat, tetapi penulis hanya mahu mencari kebenaran dan menyeru agar kita semua kembali ke arah perpaduan umat Melayu/Islam dan juga sebagai warga Malaysia.

Sebagai seorang yang beragama Islam kita perlu mempunyai ilmu untuk menilai sesuatu perkara samada ianya benar atau salah. Mungkin sebagai orang biasa, ilmu kita tidaklah sampai ke tahap boleh membuat ijtihaj, untuk dijadikan ikutan/panduan oleh orang ramai, tetapi sekurang-kurangnya biarlah ilmu kita itu mencukupi untuk pedoman diri sendiri dan keluarga.

Memang merupakan sesuatu yang amat sensitif bila kita mengkritik ataupun memperkatakan tentang "kesilapan" yang dilakukan oleh seseorang Ulamak/Tok Guru. Sebagai masyarakat Timur dan telah terdidik untuk sentiasa menghormati dan tidak meragui golongan ini, kita sememangnya terbelenggu untuk sentiasa patuh/taat kepada mereka. Walaupun ada hadis yang mengatakan, "Ulamak adalah perwaris para nabi", kita jangan lupa bahawa mereka juga tidak maksum. Jestru itu ilmu adalah penting supaya kita tidak bertaklik secara membuta tuli, jika golongan ini tersilap maka kita tegurlah dengan berhemah dan hikmah.

Perlu ditekan disini, menuruti/mematuhi golongan Ulamak/Tok Guru juga bukannya bermaksud kita perlu percaya/mengikuti mereka secara "totok"/membuta tuli. Dalam Rukun Iman yang enam, tak dimasukkan supaya kita percaya kepada Ulamak/Tok Guru secara hakiki. Bila ini dilakukan tanpa ilmu maka jadilah kita seperti pengikut-pengikut "Rasul Melayu", "Ayah Pin" dan lain-lain, waliyazubillah...

Jestru itu harapan penulis, agar lebih ramai para Ulamak Pondok, menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pihak pembangkang mahupun kerajaan. Rakyaat Malaysia terutamanya berketurunan Melayu/Islam sememangnya perlukan bimbingan mereka ini. Mereka ini selain berilmu dan boleh berijtihaj sudah pasti dilihat sebagai golongan yang tidak memihak di dalam kemelut perpecahan yang melanda kita sekarang ini.

Mudah-mudahan kita akan mendapat pemeliharaan Allah s.w.t. dan bagi sesiapa yang telah tersilap, kembalilah ke pangkal jalan. Jangalah kesilapan itu membuatkan kita tersesat lebih jauh. Penulis mengharapkan agar Ulamak Pas, Ulamak Umno dan Ulamak Pondok dapat duduk berbincang agar segala kekusutan dapat dilerai. Lakukanlah ia sebagai suatu tanggung-jawab demi perpaduan umat dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.


10 comments:

  1. saya bersetuju dengan lontaran idea ISAC...
    "ramai para Ulamak Pondok, menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pihak pembangkang mahupun kerajaan".
    "Penulis mengharapkan agar Ulamak Pas, Ulamak Umno dan Ulamak Pondok dapat duduk berbincang agar segala kekusutan dapat dilerai. Lakukanlah ia sebagai suatu tanggung-jawab demi perpaduan umat dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t."

    demi melihat perpaduan dan kasih sayang serta mempamerkan Islam begitu indah dikaca orang yang belum masuk Islam.

    catatanhamba.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kalau betul lah dakwaan tok guru pondok ini ....kenapa mufti-mufti dan ulamak-ulamak tidak tidak ambil tindakan pada TGNA, tak kan nak biarkan TGNA menyesatkan ramai orang....mana majlis agama...tak buat kerja ke???

    saya harap penulis tidak mengambil maklumat daripada sumber yang tidak sahih....fitnah jadinya...konon nak elak fitnah....tapi nampaknya penulis menyokong fitnah......dah banyak ke pahala???

    ReplyDelete
  3. Anon yang kedua ni macam penulis kenal.....

    Kan ada link tu, kalau nak siasat lebih lanjut, klik lah link2 yang disertakan. Esok beli akhbar Sinar. Sila klick juga link ke blog. "Depa Kata", ada komen tentang siapa dia pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah tu.

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..SOKONG PENDPT BRO. SELAGI KITA BERNAMA MANUSIA SELAGI TU KITA X LARI DRI MELAKUKAN KESILAPAN

    ReplyDelete
  5. Kpd Tok Guru Pondok yang luas pandangan,buktikan 99 alasan , ke 19 ke atau 9 atau sekurang 1 kesesatan TGNA sesat dan bbawa perpecahan.Dalam negeri pondok bolehlah cakap, jangan setakat berteori berperi-peri dlm pondok dlm lingkungan beku berdirilah di dalam hakikat kehidupan yang terbentang luas((negeri luar pondok).

    ReplyDelete
  6. aku dok kelantan ase selamat je bbnding ngn negeri lain yg aku da g..ngeri lain, nk tengok anak2 pompuan muda pakai tdung pon susah..mane yg nik aziz salahnye??penulis ni letak gmba nik aziz pon cm da ade unsur yg bole timbulkan kesangsian..xleh ke letak gmbar senyum ke.. adoiya..respect la skit bro...

    ReplyDelete
  7. KOMEN :

    Tidak perlu risau dan gundah gulana kerana sudah menjadi tabii bahawa orang yang baik (Tok Guru) mengajak orang buat memang dilaknat oleh orang jahat. Berkali-kali Tok Guru kata beliau tidak hairan orang hendak gelar atau hendak kata apa pun pada beliau, biarkan kerana kata Tok Guru Nabi Muhammad saw orang jahilliah kata macam-macam kepada Baginda. Baginda pernah dihina dan dikeji dengan perbuatan dan dengan perkataan seperti Baginda dituduh gila, suka memecahkan kaum dan masyarakat main sihir, gila kuasa, bernafsu buas dan berbagai.

    Kalau kita perhatikan watak penceramah Abdullah Sa'amah ini, sudah tentu kita boleh buat satu kesimpulan bahawa Abdullah ini hidup-matinya macam BABI. Beliau adalah anak haram jadah.Makan benda-benda yang haram.Rasuah, salah guna kuasa dan tipu sana, tipu sini adalah mainannya. Abdulah lebih celaka dari babi dan syaitan-iblis laknatullah. Sebab itulah perangainya lebih daripada BINATANG.

    Orang macam ini lebih merbahaya. Abdullah lebih merbahya daripada BABI dan lebih GILA dari orang yang gila.


    Gambarannya UMNO semakin hendak mampus di muka bumi ini. Rakyat semakin BENCI DAN MELAUAT dengan UMNO.


    "UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

    ReplyDelete
  8. KOMEN :

    Tidak perlu risau dan gundah gulana kerana sudah menjadi tabii bahawa orang yang baik (Tok Guru) mengajak orang buat memang dilaknat oleh orang jahat. Berkali-kali Tok Guru kata beliau tidak hairan orang hendak gelar atau hendak kata apa pun pada beliau, biarkan kerana kata Tok Guru Nabi Muhammad saw orang jahilliah kata macam-macam kepada Baginda. Baginda pernah dihina dan dikeji dengan perbuatan dan dengan perkataan seperti Baginda dituduh gila, suka memecahkan kaum dan masyarakat main sihir, gila kuasa, bernafsu buas dan berbagai.

    Kalau kita perhatikan watak penceramah Abdullah Sa'amah ini, sudah tentu kita boleh buat satu kesimpulan bahawa Abdullah ini hidup-matinya macam BABI. Beliau adalah anak haram jadah.Makan benda-benda yang haram.Rasuah, salah guna kuasa dan tipu sana, tipu sini adalah mainannya. Abdulah lebih celaka dari babi dan syaitan-iblis laknatullah. Sebab itulah perangainya lebih daripada BINATANG.

    Orang macam ini lebih merbahaya. Abdullah lebih merbahya daripada BABI dan lebih GILA dari orang yang gila.


    Gambarannya UMNO semakin hendak mampus di muka bumi ini. Rakyat semakin BENCI DAN MELAUAT dengan UMNO.


    "UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

    ReplyDelete
  9. Perpaduan kena dgn ISLAM bukan atas dasar asobiyyah bangsa. ISLAM datang ke jazirah arab, menyatukan bangsa arab dan bangsa2 lain. Perjuangan nabi, yg menentang dari bangsa arab sendiri, bangsa rasulullah. Oleh tu, kelau melayu sendiri menetang perjuangan ISLAm yang tok guru bawak bersama PAS tu dah sunnah perjuangan. Cumanya nak ingatkan le, ISLAM je yg leh satukan bukan melayu. Semua bangsa kene bersatu bawah ISLAM, kalau kita tolak, kita hina ALLAH

    ReplyDelete
  10. Perpaduan ummah merupakan keutamaan dalam Islam... mereka yang bergelar Muslim sejati hendaklah berakhlaq mulia.. x kira dari penampilan pakaian mahupun tutur kata... Jika isu Abdullah Sa'amah dan Nik Aziz kita semarakkan lagi... bukankah ini mengundang perpecahan??... Abdullah Sa'amah hanya membela kebenaran dan membetulkan kesilapan seorang insan... Saya ada terbaca komen salah seorang blogger yg mngatakan bgini :

    "Kalau kita perhatikan watak penceramah Abdullah Sa'amah ini, sudah tentu kita boleh buat satu kesimpulan bahawa Abdullah ini hidup-matinya macam BABI. Beliau adalah anak haram jadah.Makan benda-benda yang haram.Rasuah, salah guna kuasa dan tipu sana, tipu sini adalah mainannya. Abdulah lebih celaka dari babi dan syaitan-iblis laknatullah. Sebab itulah perangainya lebih daripada BINATANG."

    Adakah ini kata2 dari seorang Muslim yg beriman dan berakhlaq? sy rasa si blogger ini perlu kembali ke pusat pengajian utk bljr adab2 dalam islam dan sbg seorg Muslim.

    Apa yg sy hendak tegaskn di sini bhw Abdullah Sa'amah adalah ulama' AhlusSunnah Wal Jamaah yg sejati dan dia antara mrk yg berani dlm menentang fahaman Wahhabi...

    Saudara2 harus sedar, perihal parti tdk mmbawa kita ke syurga utk bertemu Allah tp perihal AQIDAH YG SUCI dan kesinambungan IMAN TAQWA adalah penyelamat yg sebenar... Wallahu'alam.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3