bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Nov 2009

Tengku Razaliegh Setuju Mengetuai Tuntutan Petroleum Pembangkang?

Anwar kata Ku Li setuju jadi Pengerusi Kaukus Petroleum anjuran pembangkang... Ibrahim Ali kata belum lagi



Berita yang tidak kurang menjadi perbualan hangat ialah pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim awal petang Selasa bahawa Tengku Razaleigh Hamzah telah setuju untuk jadi Pengerusi Kaukus mengenai Petroleum Ahli Parlimen. Ini kerana kaukus atau perkumpulan sebilangan Ahli Parlimen mengenai hal berkenaan dianjurkan oleh pakatan pembangkang. Khabar itu membuatkan ada yang menduga Ahli Parlimen veteran dari Gua Musang sudah ada " apa-apa" dengan pembangkang.


Artikel penuh sila layari link;
Komen Isac;
"Tiada musuh & Kawan yang kekal" dalam politik. Jika benar-benar YM Tengku, bersetuju untuk membantu DSAI & Pakatan Pembangkang, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Mungkin YM Tengku masih mempunyai "dendam" terhadap Umno kerana pernah "dikalahkan" ataupun sebagai rakyaat negeri Kelantan dia sememangnya ingin negeri tersebut dapat dibangunkan dan dimajukan dengan hasil minyak.
Jika royalti minyak boleh diberikan kepada Sarawak, Sabah dan Terengganu yang sesetengah telaga minyak dan gas mereka juga berada diluar perairan negeri (5.5km dari garisan pantai), mengapa pula Kelantan tidak boleh menikmati layanan yang sama? Betul kerajaan pusat sememangnya mempunyai hak mengikut perlembagaan negara tetapi jangan pula sehingga ia dilihat sebagai menganaktirikan Kelantan.
Bagi kerajaan negeri Kelantan pula, pendekatan juga perlu betul, umpama jika anda seorang anak yang meminta sesuatu daripada bapanya, walaupun semua anak yang lain mendapat apa yang mereka minta, jika salah caranya anda tidak akan dapat apa yang anda minta. Jika ini berlaku, adakah wajar anda canangkan ke seluruh pelusuk dunia bahawa bapa anda tidak berlaku adil? Dalam hidup ini, kita perlu ada perasaan saling hormat-menghormati dan bertolak ansur. Jika kita terlalu sombong dan tidak menghormati orang lain, adakah tidak wajar jika orang lainpun berlaku sombong dan tidak menghormati diri kita?
Dalam kes di Kelantan, usahakanlah dengan berhemah, jika Pulau Pinang boleh maju di bawah pemerintahan BN mana mungkin Kelantan yang mejoritinya penduduk peribumi negara ini dibiarkan mundur.

1 comment:

  1. Pah tu bila Ku Li istihar sebaliknya. Dia akan kata UMNO kacau. Bukti berpeti2 dalam simpaan diluar negara.

    ANTARA SEBAB UTAMA BERONTAK POLITIK KU LI IALAH FAKTOR ANUAR.

    TETAPI WAKTU KU LI DI ASAK UNTUK CABAR PAK LAH DULU ORANG YANG ADA KELILINGNYA SAMPAI DATO ZAKARIA (ALLAHYARHAM) PUN TAK DAPAT MASUK RAPAT.

    CERITA BEGINI KU LI SENDIRI JE YANG FAHAM.

    TETAPI AMPUN LAH KU. NEKU PUN FAHAM.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3