Ceramah Dr. Maza di TV, Tentang Isu Perpaduan Umno dan Pas - Siapa Berminat, Sila Ikuti Sambungannya di Utube.
Mengapakah tidak ada satu Jabatan Agamapun dari kesemua 14 negeri di Malaysia mendakwa Dr. Maza dan juga ulamak-ulamak serta penceramah-penceramah agama ketika mereka ini berceramah di TV?
Jika kita bercakap bahawa kita mahu menguatkuasakan undang-undang "ceramah tanpa tauliah" dengan ketat dan tanpa pengecualian, ceramah agama di kaca-kaca TV dan di corong-corong radio tidak boleh dikecualikan!!! Ia penting kerana siaran TV dan radio boleh diikuti di kesemua 14 negeri di Malaysia, malah di seluruh dunia melalui siaran TV satelit dan TV/radio internet.
Jika tiada tauliah, seseorang penceramah akan menghadapi risiko untuk didakwa oleh sebuah atau oleh kesemua Jabatan Agama di Malaysia!!! Berat tu, kalau satu negeri kena hukuman penjara 2 tahun, kalau 14 negeri, 28 tahunlah kena dok penjara.....Adakah ia wajar?
Jestru itu Jabatan-Jabatan Agama juga sepatutnya menggunakan budi bicara ataupun mengubal semula peraturan mereka, agar jangan sampai tindakan mereka dilihat sebagai tidak "bijak" dan berpandukan emosi semata-mata.
Dari segi logik, mungkin sudah sampai masanya Sarjana-sarjana agama ini menubuhkan suatu badan yang boleh memantau serta mengtauliahkan ahli-ahli mereka yang layak, sebagai penceramah bebas yang diperakui. Jika jurutera ada Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), Arkitek ada Persatuan Arkitek Malaysia (PAM), Peguam ada "Bar Councel" dan begitu juga halnya dengan badan-badan professional yang lain, mengapa untuk Sarjana-sarjana Islam, ini tidak boleh dilakukan? Malah badan-badan professional ini juga bergabung dengan badan-badan professional luar negara, yang membolehkan ahli-ahli professional mereka bekerja di negara-negara anggota tanpa sekatan.
Tentulah sesuatu yang lucu lagi memalukan jika ulamak-ulamak terkemuka dunia yang datang melawat Malaysia, perlu untuk pergi ke JAIS atau mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri, bagi memohon pengtauliahan sebagai penceramah bebas, sebelum mereka boleh meberikan ceramah-ceramah agama di Malaysia.... :)
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.